Saturday, February 9, 2008

katibah IPT dan Daurah umum..

Alhamdulillah wallahuakbar. ..

Pada 3 febuari yg lepas telah berlangsung katibah ipt di HIKMAH Samarahan,anjuran JIM IPT.Seramai 78 orang yang hadir..subhanallah ramainyer,semoga mereka tetap istiqamah,rupa2nya ramai mad'u di luar sana cuma kita je yang tak bekerja untuk mencari mereka...tak tahu nak citer apa lagi,tapi bestlah sebab dapat makan free...

Sebentar tadi baru selesai daurah umum,yg ni 2 kali ganda lg best...seramai 25 orang,campur2 makcik2 skit,kakak2 skit,adik skit,jadi meriahlah RM(raudhatul mahabbah),slot yang disampaikan mantap...dari ustaz Saiful Azhar bertajuk manusia dan kebenaran,Manifesta si Iman dalam kehidupan insan..bagi ana sangat terkesan dgn slot ni bila dia kata...kalau pen kita takde dakwat kita buangkan?so mcm tu jgk manusia bila dia takde value(tak berdakwah n so on)apalah salahnya Allah buang dalam neraka...Ramai mad'u yang first time datang sgt teruja dgn prg yang santai dan menarik..Senaman PKS yang fast n hot ni,menyebabkan mereka yang pertama kali melakukan tercungap2.. .

Wallahua'lam. ..jemputlah datang ke blog..kita minum dulu

Friday, February 8, 2008

Seindah namanya....dari bumi kenyalang

(dipetik dari perkongsian ukht Nazifah)

Salam...untuk semua

...Insyallah sedikit perkongsian dari k-srwk...walaupun ana ni jenis yang tak berapa suka nak tulis kat mail,tapi perkara ni ana lihat sgt perlu untuk dikongsikan. .harap semua akan dapat faedahnya...
Semalam selepas habis meeting karisma,kami putuskan untuk menziarah seorang adik yang baru memeluk islam..Sebelum kami berjumpa dengan dia..nama dia aisyah humaira'(wajahnya seindah namanya)kami membuat sedikit analysis sblum ziarah,apa yang nak cakap,apa yang nak buat lawak,apa yang patut cakap,apa yang tak patut cakap.Perkara ni dilihat cam tak berapa penting,tapi bila ana dah lalui pertemuan dgn aisyah.ana melihat perkara ini sgt membantu dalam proses dakwah terhadap saudara baru.
First kita perlu fikir apa yang patut cakap time pertemuan ni.For example:"Bila aisyah convert ke islam".Aisyah menjawab"akak aisyah tak selesa sangat bila orang tanya kenapa aisyah convert,sedangkan aisyah tak convert ke islam,aisyah memang islam sejak lahir cuma mak dan ayah aisyah yang jadikan aisyah kristian,boleh tak akak guna perkataan reverse".Kisah beliau tak suka tentang perkataan "convert" diambil perhatian oleh akhwat karisma dan disebabkan kami telah membuat analysis sebelum pertemuan,ziarah ni menjadi lancar dan menarik.
Second,tidak perlu dan tidak usah menceritakan tentang karisma and so on.Perkara yang paling penting kembalikan kepada keagungan Allah yang esa.Itu yang paling penting,dia nak masuk karisma ke Pekepis ke atau apa2 itu tak penting."aisyah rasa kakak ni lain lah,kalau kakak 2yang lain semua suruh aisyah pegi prg diorang,tapi akak tak pun".Gud impression dari aisyah yang membuatkan kami lebih bersemangat. .
Pengalaman beliau yang memeluk islam pada usia 18 TAHUN,sungguh mengagumkan kami.Disingkir oleh family,dikoyakkan buku agama dihadapan beliau.Kisah beliau melarikan diri,SEORANG DIRI ke kl amat menyentuh hati kami...banyak pengalaman yang kami dapat secara live ni menarik
"Akak,ada tak sesiapa yang boleh ajar aisyah cam mana nak baca quran"...peluang ni kita amik dengan sebaik mungkin...akhirnya beliau sudi untuk menerima kami sebagai "kakak" beliau, insyaALLAH semoga usaha sedikit yang kami lakukan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah.
Sebelum berpisah dengan aisyah kami hadiahkan hand-out2 dan buku mutabaah amal...semoga pertemuan kali ini akan menjadi titik tolak kepada dakwah non-muslim


kearah FIDAK 2015...bumi kenyalang

imbasan aktiviti k-sarawak 2004-2007
















Thursday, February 7, 2008

Muzakarah IPT Nasional

Dipetik dari SUA KnL,

Assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, pentadbir sekalian alam.
selawat dan salam khas utk Rasul junjungan Nabi Muhammad Saw.
alhamdulillah, summa alhamdulillah.

Muzakarah IPT Nasional 2008 ( MIN 08 ) telah pun melabuhkan tirainya.
Ana mewakili semua jawatan kuasa KNL dan Pihak penganjur ( K-DG ),
Mengucapkan jazakumullahu khairan kathira di atas semua
Pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh
peserta MIN 08. Kerjasama yang telah antum berikan sedikit sebanyak telah
memudahkan segala urusan sepanjang program dijalankan.

Kehadiran peserta seramai 107 ( ikhwah 42 org & akhwat 65 org )
telah membuktikan bahawa kesungguhan antum utk bersama-sama
memperjuangkan misi FIDAK 2015 tercapai...inshaAllah.

Segala kekurangan serta hambatan-hambatan yang ada semasa MIN 08 dapat
sama-sama kita jadikannya sebagai satu tazkirah bagi diri kita.

akhir kata dari ana..
Tahniah K-DG di atas pengorbanan antum yang terlalu tinggi,
Mabruk utk semua Peserta MIN 08 di atas semangat antum.

" FIDAK 2015, bukan sekadar igauan, tetapi suatu kepastian!!! "

Jom ta'aruf dgn k-sarawak

assalamualaikum...

KARISMA Sarawak..satu pengenalan ringkas tentang kami...nak lebih?? jemputla datang ke Kuching Sarawak..heheh.. KARISMA Sarawak..mmm begitu besar nama diberi walaupun buat masa ni bergerak disekitar Kuching/Samarahan je.ditubuhkan pada 23 Januari 2004 di Raudhatul Mahabbah (RM). K-Sar bergerak aktif di Kuching dan lebih menumpukan kepada remaja terutamanya dan IPT khasnya..sekaligus dibantu oleh makcik dan pakcik JIM Kuching Utara/Selatan Beroperasi sepenuhnya di Raudhatul Mahabbah dan segala gerak kerja, mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya sepenuhnya di sini.. dipimpin dikalangan pelajar IPT sekitar Kuching dan Samarahan..(UNIMAS n UiTM Kota Samarahan)..