“Panjangnya angan-angan membuat mereka lupa akan kematian, sehingga di antara mereka ada yang mengambil syahwat dunia dan wanita. Kerana itu dikatakan:” Kematian merupakan musibah terbesar. Namun musibah yang lebih besar daripada kematian ialah kelalaian terhadap kematian.”
Semua orang yang bergelar insan di dunia ini, angan-angan adalah satu perkara yang pasti dalam mengejar cita-cita terutamanya. Contohnya, sejak sekolah rendah, kita akan ditanya angan-angan untuk menjadi apa bila dewasa kelak. Sememangnya, hal angan-angan ini, mengingatkan penulis tentang kisah Mat Jenin. Sedikit imbasan dari kisah Mat Jenin, yang mulanya memanjat pokok kelapa, berkirakan berapa biji buah kelapa yang akan dipetiknya. Seterusnya dia berkirakan lagi keuntungan yang dia akan dapat dari sebatang pokok ke batang pokok kelapa yang lain. Lalu angan-angannya berpanjangan sehingga dia terjatuh dari pokok kelapa yang dipanjatnya. Didapati, tiada satu pun buah kelapa yang dapat dipetiknya, tetapi hanya angan-angan sahaja. Itu kisah Mat Jenin.
Apa yang penulis ingin katakan di sini, adalah berkisarkan angan-angan yang kita ada pada waktu sekarang. Cuba tanya diri masing-masing, siapa yang tiada angan-angan? Sudah pasti jawapannya, "Semua org ada angan-anganla k.yong..." Ya, semua orang ada angan-angan. Namun begitu, berdasarkan ayat di atas, terlalu panjang angan-angan tidak membawa kepada yang lebih baiknya. Kebiasaannya, angan-angan kita hanya pada material contohnya; angan-angan untuk menjadi seorang yang kaya raya, angan-angan untuk memiliki syarikat yang besar, angan-angan untuk memiliki rumah besar, angan-angan untuk mendapatkan lelaki/perempuan yang kacak/cantik, dimana dengan harapan apa saja dapat dilakukan demi mencapai angan-angan tersebut.
Namun begitu, dapat dilihat di sini,angan-angan sedemikian, bisa membuat kita lupa akan hal kematian dan perkara yang kita banyak angankan hal-hal keduniaan. Sedikit demi sedikit, apabila berlakunya sedemikian, kita akan lalai dari mengingati mati kerana kelekaan kita untuk mendapatkan apa yang kita angan-angankan. Dari angan-angan yang panjang, ianya juga dapat menggalakkan kita untuk berfikir melakukan perkara yang buruk. Contohnya; demi memiliki lelaki/wanita yang kacak/cantik, kita sanggup untuk melakukan perkara yang tidak baik seperti mengenakannya ubat pengasih dan sebagainya. Perkara ini seterusnya membawa kepada mensyirikkan Allah dan dosa besar.
Oleh itu, bukanlah penulis menyatakan tidak boleh berangan-angan, tetapi apa yang ingin di sampaikan oleh penulis adalah biarlah apa yang kita angankan adalah berdasarkan garis panduan tertentu dimana asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat. Perkara paling penting dalam angan-angan ini adalah kita perlu menetapkan angan-angan yang ingin kita capaikan adalah satu perkara yang pasti dan bukan yang luar biasa. Angan-angan untuk mendapatkan anugerah dekan dalam peperiksaan semester, angan-angan untuk menjadi wanita/lelaki solehah/soleh dan angan-angan untuk memiliki sebuah keluarga yang mengamalkan Islam sepenuhnya adalah antara contoh angan-angan yang positif. Tetapi, sekali lagi diingatkan, biarlah angan-angan itu yang dapat kita capaikan dan bukan satu angan-angan yang panjang dan bisa membuatkan kita lupa pada Allah seperti yang disebutkan oleh penulis di awal tadi.
Adakah angan-angan kita termasuk dalam perkara yang membawa kita mengingati Allah? Bersama-sama kita renungkan.
Angan-angan untuk menjadikan hari esok lebih baik
juga satu angan-angan yang positif
Wallahu'alam
With Love-k.yOng-