Friday, January 16, 2009

Bila Mula Berdakwah..


Bile mula berdakwah,
ada saja orang yang nak bantah,
kata mereka tak payah susah-susah,
buat diri penat dan hasilkan lelah...

Bile mula berdakwah,
ada saja yang mula menyampah,
kata mereka tak payah nak menyibuk macam cik kiah,
jaga diri masing-masing cukuplah...

Bile mula berdakwah,
ada yang nak berubah,
tapi nak tunggu sampai betul2 mantaplah,
kalo tak cukup amal lagi, tak payah..

Bile mula berdakwah,
sindiran demi sindiran datang menyinggah,
pelbagai cabaran yang perlu ditempah,
doa menitip di bibir tak sudah-sudah...

Bile mula berdakwah,
Haruslah sentiasa bermuhasabah,
Doa dan semangat jadi harapanlah,
Mudahan diri ini dan mereka mendapat hidayah...

Nukilan
-k.yong-

Buat rakan-rakan yang dalam proses mendakwahkan diri dan juga orang lain..Sajak ini khas untuk kamu...Specially to Sahabat2 K-Srwk Juea, Naz, Milah, Along, Izzati, Kamilah, Angah, Eila n Nur..

Mudahan sama-sama kita istiqamah di jalan ini..Salam jihad..



Sentiasa bermuhasabah diri untuk memantapkan dakwah

Tuesday, January 6, 2009

PKN 2008

Insya Allah, untuk kali ni, k.yong akan kongsikan dengan antum tentang perjalanan PKN 2008 yang k.yong dan k.iyah(kamilah) telah hadiri di Auditorium Muzium Shah Alam pada 26-28 Disember 2008.

26 Disember 2008

Seawal pagi, macam biasa, pergi ke tempat kerja yang k.yong praktikal. Siap bawa beg baju yang nak di bawa ke Shah Alam. Semangat betul nak pergi ke PKN,hehe..Walhal penerbangannya jam 9.15 mlm, dan dijangka sampai ke Shah Alam pada jam 11.45mlm..hehe..Bukan apa, lepas kerja terus kawan k.yong hantar ke airport..Dah tak sempat lagi nak balik ke rumah sewa. Itulah bawa semua beg baju ke pejabat. J

Jam 6.20 petang hujan juga di KK. Alhamdulillah, sesampai airport terus menunaikan solat maghrib dan tunggu sampai waktu isya’ baru masuk ke dalam tempat perlepasan penerbangan. Keadaan luar masih hujan,hmm..risau juga kalau-kalau ‘flight delay’.. Jam dah 9.05 mlm, tapi barisan penumpang yang beratur panjang nak masuk ke dalam ‘belon’ tak bergerak-gerak lagi. Statik macam tue jek. Huhu..Dalam hati k.yong dah terdetik..”Alamat sampai lambat la ke Shah Alam ni..” Ting..ting..ting.. Alhamdulillah, akhirnya tepat jam 9.15 mlm k.yong pun bertolak dari Sabah. Sebelum masuk tu dah mesej Akh Bai n K.Sod yang bakal menyambut kami (k.yong n k.iyah) di kL sentraL.

Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit, akhirnya k.yong sampai ke Terminal LCCT pada jam 12.05 pagi. Sesampai sahaja di Terminal, cepat-cepat buka ‘handset’, 1st thing in mind nak cari k.iyah. Walaupun dah lebih dari jam 12 pagi, tapi keadaan di Terminal masih lagi riuh rendah. Dalam keriuhan tue tercari-cari kelibat k.iyah..

-One message received-

Salam, k.yong, org baru sampai.

-k.iyah

Betul-betul nak dikatakan berjodoh, ternampakla k.iyah di depan mata..hehe..Tanpa membuang masa lagi, kami terus membeli tiket ke kL Sentral memandangkan kaunter tiket akan ditutup pada jam 12.30 pagi.

Sampai di kL sentraL pada jam 1.45 pagi dan disambut oleh k.Sod dan Akh Bai..Kami terus di bawa ke tempat penginapan di asrama salah sebuah sekolah agama di kawasan yang berdekatan dengan muzium Auditorium Shah Alam dan tapak karnival. Lebih kurang jam 2.30 pagi juga la kami sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan, memang rasa penat sangat. Tapi, di sebabkan terlalu sangat berdebar-debar dengan PKN, k.yong dan k.iyah sibuk menyusun ayat untuk perbahasan di PKN nanti. Nak dipendekkan cerita, kami pun berjaga hingga menunggu waktu Subuh. Alhamdulillah, Allah berikan kami kesempatan untuk bertahajjud dan solat hajat pada malam itu. Azan berkumandang seawal jam 5.05 pagi…”Eh, awal jugak masuk Subuh kat sini Kamilah,” tanya k.yong pada k.iyah. “Akak, gerak saya jap lagi kalau dah masuk Subuh, ngantuk sangat ni,” balas Kamilah. Siannye kat k.iyah..Sambil dia terlelap sekejap, akak masihla berfikir-fikir dah masuk Subuh ke tak nie.hehe.. Pada jam 5.30 pagi, k.yong gerak k.iyah, kami pun menunaikan solat Subuh bersama-sama. Lepas solat, tertidur ayam sekejap…Penat sangat dah mata nie..

“Kak…,kak…,kak,…”

Mata terpejam, terus dicelikkan..hehe..

“Akak bangun, dah Subuh..” kata seorang adik yang juga turut terlibat dengan PKN.

K.yong tergumam sebentar. Kepala nie berpusing-pusingla, ligat berfikir..”Aik, tadik bukan aku dah Solat ke ek?” k.yong bermonolog sendirian.

“Errr..Adik..akak rasa mcm dah solat Subuh tadi..Jam 5.30 mcm tue..”kata k.yong dengan konfidennyer..

“Eii..Akak..sini jam 6.20 gitu baru masuk Subuh..Akak nie..mimpi ek..”kata adik tue sambil ketawa.

“Hehe..,”k.yong tersenyum kambing ajela..Cepat-cepat gerakkan k.iyah yang masih lagi lena dibuai mimpi, ape lagi?? Terus tunaikan solat sUbuh..

Rupa-rupanya..alkisah terlalu kemaruk sangat menyangkakan Waktu Subuh mcm Sabah n Sarawak, bila dah kat Semenanjung dengar azan jam 5 pagi tadi terus ingat dah masuk waktu Subuh..hehe..Azan yang awal tue nak kejutkan org untuk bangun menunaikan Qiamullail..

PATUTLA….hehe..hehe..ketawa ajela k.yong n k.iyah sepanjang pagi yang hening itu..haha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

27 Disember 2008

Awal pagi lepas Subuh tue, kami berjalan ke muzium Auditorium tue..Wah, disebabkan ke’awalan’ sangat kedatangan kami, sampaikan kaunter pun tak dibuka lagi..Hai…Semangat betulla nak ber’PKN’ akak 2 orang nie..hehe..

Disebabkan semalam sedikit kelaparan dalam perjalanan ke Shah Alam, kami sama-sama mencari kalau-kalu ada gerai yang dah di buka. Alhamdulillah, rezeki pagi tersebut, dapat kami menjamu selera untuk mengisi perut yang berkeriut…hehe..Kebetulan pula..bertemu dengan 2 orang akhawat dari UMP iaitu Ukhti Syafarah dan Ukhti Maryam. Berta’aruf dan sama-sama berjalan ke tempat program PKN.

Ok, kisah diteruskan dengan program yang bermula pada jam 8.30 pagi. Ramai juga pemerhati dan perwakilan yang datang..Seluruh pelusuk negeri boleh dikatakan memeriahkan PKN. Untuk pengetahuan semua, Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti 2008 turut diadakan berserta dengan PKN tue.. Memang banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival tersebut. Ada jualan, ada pertandingan dan macam2 lagi. Aktiviti di karnival, k.yong dan k.iyah hanya dapat sertai sebaik selepas program PKN.

Tentang PKN

Sebenarnya apa yang dibahaskan adalah berdasarkan Ucapan Dasar Presiden KnL yakni Akh Mohd Amirul Mohd Letfee. Tema PKN pada tahun nie adalah “PEMIMPIN BERORGANISASI, PENGGALAS MISI” . Setiap perwakilan dari semua pelusuk negeri perlu membahaskan, mencadangkan, mengkritik dan meng’ yang sewaktu dengannya daripada ucapan dasar tersebut. Antara perkara yang di sentuh adalah tentang Syariah:Perjuangan Kita, Menjayakan Misi Karisma, Menuju Penghujung Rancangan Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus (FIDAK 1), Rancangan JIM 2 dan Karisma, Melonjakkan Karisma ke hadapan, Memperkukuh Organisasi, Fokus tentang pembangunan Ahli, Mengklon Abdul Rahman bin Auf, Menempatkan Karisma di hati masyarakat, Karisma dimasa hadapan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Karisma, Membina pemimpin masa hadapan, Pemuda dan perubahan, Menonjolkan keupayaan pemimpin dan beberapa sorotan isu semasa tahun 2008 yang termasuk tentang Fenomena Barack Hussein Obama, Saudara di Palestin, Senario Politik semasa, Finance, Food and Fuel Crisis, Pindaan AUKU dan Pilihanraya Kampus.

Wah..Sudah tentu apa yang dapat k.yong simpulkan, pengalaman kali pertama ke PKN sangat berharga. Di sini betapa kita dapat melihat gerakan mahasiswa menjadi indeks yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Juga, dalam mencapai mahasiswa yang berintelek dan berakhlak, perbincangan seperti ini amatlah bermanfaat. Kebiasaan kita melihat rata-rata mahasiswa bila di soal tentang isu semasa kebanyakannya tidak mengetahui malah tidak mengambil tahu pun. Oleh itu, ini juga adalah usaha Karisma dalam melahirkan mahasiswa yang berintelek dan mempunyai saksiah yang tinggi, tidak lain dan tidak bukan adalah pentingnya untuk membentuk sebuah negara daulah islamiyyah.

Kata-kata dari PKN yang tersemat di dalam ingatan adalah seperti berikut:

1. Kefahaman yang jelas tentang dakwah. Mantapkan lagi pengetahuan serta tingkatkan diri dalam beramal. Surah As Saff (1-4) menitip di bibir berkali-kali kerana kita tak mahu tergolong dalam golongan yang memperkatakan dan tidak mengerjakannya.

2. Dakwah itu tidak akan mati. Dakwah akan berterusan dengan adanya kita atau tiadanya kita. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur apabila dipilih untuk berada di jalan ini memandangkan Allah tahu akan kemampuan kita.

3. Sentuhan tarbiyyah. Tongkat utama dalam Karisma termasuklah TPSM dan Dana. Oleh itu perlu dimantapkan bagi setiap lokaliti. Memperkemaskan database usrah serta prestasi mad’u masing-masing.

4. Kreativiti Murabbi. Dalam pengendalian usrah, murobbi perlu bersikap inisiatif dan kreatif dlm menghidupkan halaqah, komited, istiqamah dan progresif. Ini adalah bagi melahirkan 600 nuqaba menjelang 2010.

5. Amalan kita. Selain mengajak orang lain dalam berdakwah, perlu dititikberatkan juga dalam mendakwahkan diri kita sendiri. Sentiasa bermuhasabah dengan diri sendiri. Tingkatkan amalan.

6. Surah An Nisa’ (9 dan 77). Sudah mantapkah kita menyediakan pelapis? Kalo diajak untuk berperang, adakah kita bersedia?Sanggup untuk berjihad?

7. SISMA KnL- menjadikan satu platform untuk memperkasakan akhawat jika mengalami masalah tertentu dalam program misalnya atau tanzim.

8. Kearah FIDAK, apa yang diperlukan adalah kualiti BUKAN kuantiti!!

9. Kesimpulannya, bersama dalam satu tujuan, untuk dakwah ini, perlukan kefahaman..Disebabkan itu, tarbiyyah mesti diteruskan walau di mana-mana. Allah sentiasa bersama kta untuk segala kerja.

Ini bahagian yang paling terkesan

“Bila kita dalam berpersatuan di dalam kampus, kita diberi jawatan, kita dapat menjalankannya dengan baik. Tapi kenapa dalam KARISMA perlu berkira?”

Sememangnya betul apa yang disebutkan dalam ayat di atas. Bagi k.yong, kadang kala dalam keadaan tidak kita sedari, selalu kita mengeluh dengan apa yang kita di amanahkan dalam Karisma. “Ala, tak cukup ilmu lagi, takleh nak berdakwah” atau “Ana, tak cukup baik lagi, tak layak pun dalam tanzim”..itu kata-kata yang sering dengar. Kenapa kita tak mengeluh pun bila dilantik sebagai jawatan tertinggi atau ahli jawatankuasa dalam kampus?Sama-sama kita muhasabah diri kita..

Malamnyer…

Pada sebelah malam, diadakan Forum dan Nasyid turut diadakan di tapak karnival. Pusat-pusat jualan pun tidak kurang hebatnya. Agak memberangsangkan sambutan pada malam itu. K.yong dan k.iyah mengambil kesempatan pada malam tersebut sama-sama mengumpul contact number penjual, bukan ape dalam nak menambah operasi dana bagi K-Sarawak…hehe..(Ish..ish..sempat lagi tuh..)

Sempat beramah mesra dengan akhawat perwakilan dan pemerhati. Ukhuwah terbina mudahan berpanjangan..Insya Allah!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28 Disember 2008

Seawal jam 5 pagi dah bersiap-siap untuk pulang ke Sabah dan Sarawak. Penerbangan k.yong dan k.iyah dalam jam 10 pagi. Alhamdulillah, kami dihantar oleh Ukhti Najwa dan Ukhti Salwa..(Syuqran ya Ukhties..) K.iyah berlepas dahulu ke Sarawak manakal k.yong berlepas ke Sabah dalam 10 minit kemudian. Satu pengalaman indah bagi k.yong untuk disematkan dalam ingatan dan dikongsikan pada adik-adik tersayang..

Secara kesluruhannya,apa yang penting di sini, kita tidak hanya mahu bicara dan terus bicara. Apa langkah kita? One..Two..Three..ACTION!! Mari kita bertindak untuk merealisasikan FIDAK 2015!! Allahu Akbar…!

-with lurve-

k.yOng

Saturday, January 3, 2009

Bersamamu Palestin.

KENYATAAN AKHBAR JIM MEMBANTAH SERANGAN
REGIM ISRAEL KE ATAS GAZA, PALESTIN.


Sidang Akhbar 020109 di Pejabat JIM Taman Melawati
Dari kiri, Sebahagian para wartawan, Dr Hafidzi (Pengarah PACE, Hj Ir. Zairul (Naib Presiden JIM), Zun Arif Hakim (JK Perhubungan Antarabangsa JIM), Dr Harlina (Ketua Wanita JIM) Norazian Anidin (Penceramah Isu Palestin JIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan 700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Sehingga saat ini, serangan akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan seperti yang dijelaskan mereka kepada Presiden Perancis semalam. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

JIM menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ia adalah satu lagi pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Serangan roket pejuang Palestin yang kononnya menjadi punca tindakan luar batasan negara haram Isreal ini sebenarnya hanyalah serangan balas ke atas beberapa provokasi dari tentera Israel sendiri termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

JIM juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza . Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.JIM menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat yang dikuasai oleh zionis dan kenyataan pemimpin-pemimpin US , Israel , Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin serta berat sebelah di dalam membentangkan fakta yang sebenarnya.

JIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk kembali kepada fakta-fakta asas dan melihat isu ini dari perspektif yang lebih holistik dari segi sejarah, hak asasi manusia, kemanusiaan, peradaban, hak bersuara, hak wanita, kanak-kanak dan orang tua malahan apa sahaja konvensyen antarabangsa kemanusiaan yang wujud hari ini. Ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Switzerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati . Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

Rakyat Palestin yang mahu hidup dengan merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

JIM menyeru rakyat Malaysia untuk merenungkan fakta-fakta ini. Di saat ini lebih sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.
Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, ubatan, makanan dan sanitasi yang sempurna. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan, manusia & peradaban apakah ini yang dilaksanakan oleh negara haram Israel?.

Hakikatnya hari ini, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.
Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza , JIM mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Bergerak ke hadapan, JIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu:

  1. Mengadakan Solat Hajat Perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat Islam agar membela saudara se Islam yang teraniaya, apatah lagi ia melibatkan tanah suci dan bumi yang diberkati ALlah SWT.
  2. Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah,pejabat, tempat awam, surau dan lain-lain.
  3. Mengeluarkan risalah dan menyebarkan di tempat-tempat awam mengenai isu sebenar di Palestin.
  4. Mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
  5. Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda dengan pelbagai cara yang kreatif termasuklah mengadakan pertandingan sukan seperti futsal, demonstrasi Parkour, walkathon, cyclathon dan seumpamanya.
  6. Menyuarakan pandangan peribadi kita dengan menulis di dalam blog, milis-milis, kepada akhbar alternatif & arusperdana, akhbar antarabangsa, emel kepada Kerajaan-kerajaan yang terlibat seperti USA, Negara Haram Israel, EU, negara-negara
  7. Memanfaatkan pakej Palestin yang ada pada JIM untuk digunakan di mana sahaja
  8. Memakai baju Palestin sebagai menandakan solidariti & sokongan kita kepada mereka.
  9. Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin. Hadir dan berikan sokongan kepada program Training of Palestine Speakers (TOPS) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
  10. Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar dsbnya dengan memakai baju Freedom for Palestine yang boleh diperolehi dari Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir Bin Tampol, 014-311 0628).
  11. Bersedia untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke Timur Tengah.
    Akhir sekali JIM ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam di atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (1430H) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan bahawa tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu JIM menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
02 Januari 2009 / 5 Muharam 1430H