REGIM ISRAEL KE ATAS GAZA, PALESTIN.
Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan 700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Sehingga saat ini, serangan akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan seperti yang dijelaskan mereka kepada Presiden Perancis semalam. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan dan kematian di kalangan penduduk Gaza.
JIM menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ia adalah satu lagi pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Serangan roket pejuang Palestin yang kononnya menjadi punca tindakan luar batasan negara haram Isreal ini sebenarnya hanyalah serangan balas ke atas beberapa provokasi dari tentera Israel sendiri termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
JIM juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza . Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.JIM menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat yang dikuasai oleh zionis dan kenyataan pemimpin-pemimpin US , Israel , Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin serta berat sebelah di dalam membentangkan fakta yang sebenarnya.
JIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk kembali kepada fakta-fakta asas dan melihat isu ini dari perspektif yang lebih holistik dari segi sejarah, hak asasi manusia, kemanusiaan, peradaban, hak bersuara, hak wanita, kanak-kanak dan orang tua malahan apa sahaja konvensyen antarabangsa kemanusiaan yang wujud hari ini. Ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Switzerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.
Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.
Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.
Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati . Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .
Rakyat Palestin yang mahu hidup dengan merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .
JIM menyeru rakyat Malaysia untuk merenungkan fakta-fakta ini. Di saat ini lebih sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.
3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.
Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.
Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, ubatan, makanan dan sanitasi yang sempurna. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan, manusia & peradaban apakah ini yang dilaksanakan oleh negara haram Israel?.
Hakikatnya hari ini, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.
Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza , JIM mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .
JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.
Bergerak ke hadapan, JIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu:
- Mengadakan Solat Hajat Perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat Islam agar membela saudara se Islam yang teraniaya, apatah lagi ia melibatkan tanah suci dan bumi yang diberkati ALlah SWT.
- Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah,pejabat, tempat awam, surau dan lain-lain.
- Mengeluarkan risalah dan menyebarkan di tempat-tempat awam mengenai isu sebenar di Palestin.
- Mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
- Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda dengan pelbagai cara yang kreatif termasuklah mengadakan pertandingan sukan seperti futsal, demonstrasi Parkour, walkathon, cyclathon dan seumpamanya.
- Menyuarakan pandangan peribadi kita dengan menulis di dalam blog, milis-milis, kepada akhbar alternatif & arusperdana, akhbar antarabangsa, emel kepada Kerajaan-kerajaan yang terlibat seperti USA, Negara Haram Israel, EU, negara-negara
- Memanfaatkan pakej Palestin yang ada pada JIM untuk digunakan di mana sahaja
- Memakai baju Palestin sebagai menandakan solidariti & sokongan kita kepada mereka.
- Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin. Hadir dan berikan sokongan kepada program Training of Palestine Speakers (TOPS) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
- Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar dsbnya dengan memakai baju Freedom for Palestine yang boleh diperolehi dari Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir Bin Tampol, 014-311 0628).
- Bersedia untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke Timur Tengah.
Akhir sekali JIM ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam di atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (1430H) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan bahawa tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu JIM menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.
Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
02 Januari 2009 / 5 Muharam 1430H
No comments:
Post a Comment