Saturday, June 13, 2009

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar


Bismillah..


Untuk posting kali ni, penulis mengajak pembaca untuk bersama-sama merenung bersama tentang beberapa keadaan manusia di padang mahsyar. Mudah-mudahan artikel kali ini bisa meningkatkan rasa ketaqwaan kita pada Allah swt dan seterusnya sentiasa memuhasabahkan diri.


Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya:

"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka berkata:

"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran:

"Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.


1.
Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2.
Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3.
Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4.
Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5.
Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6.
Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7
. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8.
Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.


11.
Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12.
Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

13.
Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14.
Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16.
Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17
. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19.
Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21.
Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.


lebih banyak artikel boleh didapati dari - http://www.mymasjid.com.my/article


~kak yong~

Thursday, May 21, 2009

Harmony Carnival & Malam ‘Harmony Carnival’




22nd May 2009 (Friday)


10.00am – 10.00pm Exhibition and promotion

Multimedia show


23rd May 2009 (Saturday)


10.00am – 12.00pm Exhibition and promotion

Multimedia show


12.00pm Briefing of Colouring Competition


12.30pm – 1.00pm Competition 1 : Colouring Competition (6-8 years) & (9-12 years)


2.00pm VIPs arrive (The Cultural Show : Lion Dance & kompang)

Open Speech by the President of Jamaah Islah Malaysia.


2.10pm Open Ceremony of Harmony Carnival 2009 by Chairman of JAIS

VIPs invited : Committees of MAIS, Chairman of ACCIN & NGOs.

Cultural Show : Lion Dance from SMK Bandar Baru Ampang.

Booth tour


3.00pm – 4.30pm Forum / Dialog – (Spiritual Solution to Ecomomics Problems -
Bro. Muhammad Abdullah, Dr Ahmad Zainuddin JIM, Rep of Malaysian Hindu Sanggam, Rep of Youth Buddhist and Rep of Christian)


4.30pm – 5.00pm Lucky Draw 1


6.30pm – 8.00pm Exhibition and promotion

Multimedia show


8.00pm Malam Harmony Carnival 2009


8.05pm Open show by Indian Cultural Musical

Acrobatic Kompang

Arab’s dance culture

Nasyid by Brothers

Lucky Draw 2

Silambam (Martial Art) Show


25hb Mei 2009 (Ahad)


10.00am – 6.00pm Exhibition and promotion

Multimedia show


11.30pm- 1.00pm Briefing of Drawing Competition

Competition 1 : Drawing Competition (6-8 years) & (9-12 years)


2.30pm – 3.00pm Talk 1 (Footsteps in the light) & Prize giving

By Brother Daniel Hakim Boey the Chairman of MACMA Selangor


3.00pm-3.30pm Talk 2 (Promises of God) & Prize giving

By Sister Lana Mohamed from IIS


3.30pm-4.00pm Talk 3 (Mercy like the rain) & Prize giving

By Syed Barkat the Chairman of Al-Hunafa’


5.00pm – 6.00pm Closing ceremony

VIPs : Chairman of Hidayah Centre

Thursday, April 16, 2009

Al Insan...

Takrif Manusia

§ Manusia ialah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir1

§ Manusia ialah ciptaan Allah yang bersifat fizikal

Bahan Kejadian :

· Unsur tanah

· Air mani

Manusia Pertama :

· Nabi Adam

Peringkat Proses Mencipta Manusia Pertama:

· Allah menghimpunkan kesemua unsur untuk menjadikan Adam

· Semua himpunan itu diadun untuk menjadi sejenis tanah

· Dibiarkan sehingga kering dan bertukar warna

· Allah mereka bentuk tanah ini menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi

· Kemudian Allah menghembuskan roh ke rangka Adam

Unsur Penting Dalam Diri Manusia :

· Roh , akal , nafsu ,hati

Alam Yang Dilalui Manusia :

· Alam roh , alam rahim , alam nyata , alam kubur , alam akhirat

Nama Manusia Disebut Dalam Al-quran :

· Al-insan , An-nas , Al-basyar.

Status :

· Hamba

· Khalifah

Tugas Utama :

· Beribadah kepada Allah

Tempat Tinggal Dahulu :

· Di Syurga

Tempat Tinggal Sekarang :

· Di bumi

Umur Manusia :

· Tidak tetap

· Paling lama 1000 tahun

Agama Anutan Manusia :

· Islam , Yahudi , Kristian , Hindu , Majusi , Budha

Bapa Segala Manusia :

· Nabi Adam

Manusia Yang Paling Mulia :

· Orang yang bertaqwa

Manusia Yang Teristimewa :

· Manusia menjadi Nabi dan Rasul

Kelebihan Manusia Berbanding Makhluk Lain :

· Diberi akal fikiran

· Diberi ilmu pengetahuan

Golongan Manusia :

· Islam

· Kafir

· Murtad

· Munafiq

· Fasiq

Musuh Nombor Satu Bagi Manusia :

· Syaitan

Sahabat Manusia :

· Sesama manusia

Manusia Pertama Masuk Syurga :

· Nabi Muhamad

Manusia lahir tanpa ibu dan ayah :

· Nabi Adam

· Hawa

Manusia lahir Tanpa Ayah :

· Nabi Isa

Manusia Pertama Boleh Bercakap Semasa Bayi :

· Nabi Isa

Jenis Manusia Yang Baik :

· Beriman , taat

Jenis Manusia Yang Jahat :

· Kafir , ingkar

Manusia Yang Paling Cerdik :

· Sentiasa Mengingati mati

Manusia Yang Paling Bodoh :

· Jahil agama

Manusia Yang Paling Baik :

· Ikhlas, redha

Manusia Yang Paling Zalim :

· Tidak menerima kebenaran

Manusia Yang Paling Jahil :

· Tidak mengenal Allah

Manusia Yang Terpelihara Dari Segala Dosa :

· Para Nabi dan Rasul

Manusia Yang Boleh Memberi Syafaat :

· Rasulullah

Manusia Yang Digeruni Manusia Dan Jin :

· Sahabat Omar Al-khattab

Manusia Yang Pertama Dibawa Musafir Ke Langit :

· Nabi Muhamad.

Manusia Yang Diangkat Ke langit Dan Akan Turun Ke Bumi Semula :

· Nabi Isa

Kesalahan Manusia Yang Tidak Diampuni Dosanya :

· Syirik

Manusia Yang Mengaku Sebagai Tuhan :

· Fira’un

Manusia Yang Paling Kaya Di Dunia :

· Qarun

Manusia yang paling beruntung :

· Dapat melepaskan diri dari azab neraka

Syarat Manusia Masuk Syurga :

· Beriman Kepada Allah dan Rasul serta Rukun Iman yang enam

· Beramal soleh

· Mendapat rahmat Allah

Syarat Manusia Masuk Islam :

· Pengakuan dua kalimat syahadah

Tempoh Manusia Tinggal Di Bumi :

· Sehingga mati

Manusia Yang Paling Lama Hidup Di bumi :

· Nabi Adam

· Nabi Nuh

Tempat Kesudahan Manusia :

· Di Syurga

· Di Neraka

Tuesday, March 3, 2009


Minggu Penghayatan Islam


tempat:Unimas
tarikh:7-11 mac 2009


kearah menjayakan FIDAK 2015

antara tetamu jemputan dari pihak karisma sarawak

  • ummi roses (Raudatus Sakinah)
  • en kamaruzzam (Hidayah Centre)
  • ukht yusnani (Raudatus Sakinah)
mereka antara tetamu khas yang dijemput untuk menyampaikan diskusi ilmiah bertajuk "Kebangkitan islam....tanggunjawab siapa???"

bertempat: Dewan Kuliah, CTF2
Tarikh : 7 Mac 2009
Masa : 8.00-10.30 mlm

ikhwah dan akhawat serta adik-adik diluar sana dijemput hadir bagi menjayakan program ini....

'ala kulli hal kami cuba melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin.....namun hanya padaNyalah tempat kami bergantung....sokongan anda amatlah dihargai.


wslm
iffah