Thursday, March 20, 2008

Daurah Umum..(^-^)

Assalamualaikum..
InsyaAllah esok akan diadakan daurah umum bersempena dgn cuti maulid rasul,ia diadakan untuk adik-adik perempuan.Form 4,form 5,lepasan SPM,IPT..Bermula pada pukul 9 pagi esok dan berakhir pada pukul 2.00 ptg hari Jumaat..Bertempat di RM(Raudatul Mahabbah).Fasilitator terdiri dari Akhawat Karisma Sarawak.Objektif program adalah menghayati perjalanan sirah Rasulullah,membina ukhuwah fillah dikalangan adik-adik,mendedahkankan tentang peranan dakwah dalam alam realiti,melatih mereka mengendalikan modul prg di lokaliti masing2.Semoga Allah permudahkan urusan kami dan menyediakan kekuatan hati untuk terus berjuang...peluang ini dilihat dapat digunakan dgn sebaik mungkin untuk mencari pelapis k-srwk...Fidak 2015

wallaua'lam
pemangku k-srwk

Monday, March 10, 2008

era ilmuwan ...menuju puncak!!!

Alhamdulillah thumalhamdulillah...
Semalam telah berlangsung program motivasi untuk pelajar2
era ilmuwan...mereka terdiri daripada pelajar2 form 3,4,5
57 pljr prmpuan dan 30 lelaki...bermula pukul 8.00pg dan tamat pd pukul 6.00 ptg.Bertempat di CIPEC bersebelahan muzim islam kuching.
Segala usaha yang direncanakan selama ini berjalan dengan jayanya.Komitmen serta kerjasama yg diberikan oleh akhawat karisma sarawak patut ditedani.Semoga usaha yg dijalankan ini mampu menjadi hujjah kita dihadapan Allah kelak..InsyaAllah adik2 ni akan di follow up dan dimasukkan dalam senarai pelapis untuk mencari pelapis dua't K-srwk...Kearah FIDAK 2015!

P/S:lagu Demi Matahari..Bergema sepanjang prg berlangsung..(^-~)

Wednesday, March 5, 2008

Tips Untuk Berdakwah dengan Badan yang Sihat

Written by firdaus shah
Monday, 26 November 2007

Image Diabetes, nasi lemak & teh tarik

NASI lemak secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi rakyat Malaysia.

Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.

Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia.

Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya...

Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?

Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah.

Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa.

Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.

Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan.

Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.

Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.

Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga.

Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi.

Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes yang berlainan

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas.

Ini dikenali sebagai diabetes jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya.

Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin.

Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.

Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes jenis 2.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l).

Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman.

Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal.

Langkah-langkah yang mudah

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2. Contoh-contohnya termasuklah:

Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.

Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.

Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang sihat.

Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.

Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.

Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.

Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus.

Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa.

Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.

Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.

Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium.

http://www.dakwah.info/index.php/Kesihatan/Tips-Untuk-Berdakwah-dengan-Badan-yang-Sihat.html

Saturday, February 9, 2008

katibah IPT dan Daurah umum..

Alhamdulillah wallahuakbar. ..

Pada 3 febuari yg lepas telah berlangsung katibah ipt di HIKMAH Samarahan,anjuran JIM IPT.Seramai 78 orang yang hadir..subhanallah ramainyer,semoga mereka tetap istiqamah,rupa2nya ramai mad'u di luar sana cuma kita je yang tak bekerja untuk mencari mereka...tak tahu nak citer apa lagi,tapi bestlah sebab dapat makan free...

Sebentar tadi baru selesai daurah umum,yg ni 2 kali ganda lg best...seramai 25 orang,campur2 makcik2 skit,kakak2 skit,adik skit,jadi meriahlah RM(raudhatul mahabbah),slot yang disampaikan mantap...dari ustaz Saiful Azhar bertajuk manusia dan kebenaran,Manifesta si Iman dalam kehidupan insan..bagi ana sangat terkesan dgn slot ni bila dia kata...kalau pen kita takde dakwat kita buangkan?so mcm tu jgk manusia bila dia takde value(tak berdakwah n so on)apalah salahnya Allah buang dalam neraka...Ramai mad'u yang first time datang sgt teruja dgn prg yang santai dan menarik..Senaman PKS yang fast n hot ni,menyebabkan mereka yang pertama kali melakukan tercungap2.. .

Wallahua'lam. ..jemputlah datang ke blog..kita minum dulu

Friday, February 8, 2008

Seindah namanya....dari bumi kenyalang

(dipetik dari perkongsian ukht Nazifah)

Salam...untuk semua

...Insyallah sedikit perkongsian dari k-srwk...walaupun ana ni jenis yang tak berapa suka nak tulis kat mail,tapi perkara ni ana lihat sgt perlu untuk dikongsikan. .harap semua akan dapat faedahnya...
Semalam selepas habis meeting karisma,kami putuskan untuk menziarah seorang adik yang baru memeluk islam..Sebelum kami berjumpa dengan dia..nama dia aisyah humaira'(wajahnya seindah namanya)kami membuat sedikit analysis sblum ziarah,apa yang nak cakap,apa yang nak buat lawak,apa yang patut cakap,apa yang tak patut cakap.Perkara ni dilihat cam tak berapa penting,tapi bila ana dah lalui pertemuan dgn aisyah.ana melihat perkara ini sgt membantu dalam proses dakwah terhadap saudara baru.
First kita perlu fikir apa yang patut cakap time pertemuan ni.For example:"Bila aisyah convert ke islam".Aisyah menjawab"akak aisyah tak selesa sangat bila orang tanya kenapa aisyah convert,sedangkan aisyah tak convert ke islam,aisyah memang islam sejak lahir cuma mak dan ayah aisyah yang jadikan aisyah kristian,boleh tak akak guna perkataan reverse".Kisah beliau tak suka tentang perkataan "convert" diambil perhatian oleh akhwat karisma dan disebabkan kami telah membuat analysis sebelum pertemuan,ziarah ni menjadi lancar dan menarik.
Second,tidak perlu dan tidak usah menceritakan tentang karisma and so on.Perkara yang paling penting kembalikan kepada keagungan Allah yang esa.Itu yang paling penting,dia nak masuk karisma ke Pekepis ke atau apa2 itu tak penting."aisyah rasa kakak ni lain lah,kalau kakak 2yang lain semua suruh aisyah pegi prg diorang,tapi akak tak pun".Gud impression dari aisyah yang membuatkan kami lebih bersemangat. .
Pengalaman beliau yang memeluk islam pada usia 18 TAHUN,sungguh mengagumkan kami.Disingkir oleh family,dikoyakkan buku agama dihadapan beliau.Kisah beliau melarikan diri,SEORANG DIRI ke kl amat menyentuh hati kami...banyak pengalaman yang kami dapat secara live ni menarik
"Akak,ada tak sesiapa yang boleh ajar aisyah cam mana nak baca quran"...peluang ni kita amik dengan sebaik mungkin...akhirnya beliau sudi untuk menerima kami sebagai "kakak" beliau, insyaALLAH semoga usaha sedikit yang kami lakukan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah.
Sebelum berpisah dengan aisyah kami hadiahkan hand-out2 dan buku mutabaah amal...semoga pertemuan kali ini akan menjadi titik tolak kepada dakwah non-muslim


kearah FIDAK 2015...bumi kenyalang

imbasan aktiviti k-sarawak 2004-2007
















Thursday, February 7, 2008

Muzakarah IPT Nasional

Dipetik dari SUA KnL,

Assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, pentadbir sekalian alam.
selawat dan salam khas utk Rasul junjungan Nabi Muhammad Saw.
alhamdulillah, summa alhamdulillah.

Muzakarah IPT Nasional 2008 ( MIN 08 ) telah pun melabuhkan tirainya.
Ana mewakili semua jawatan kuasa KNL dan Pihak penganjur ( K-DG ),
Mengucapkan jazakumullahu khairan kathira di atas semua
Pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh
peserta MIN 08. Kerjasama yang telah antum berikan sedikit sebanyak telah
memudahkan segala urusan sepanjang program dijalankan.

Kehadiran peserta seramai 107 ( ikhwah 42 org & akhwat 65 org )
telah membuktikan bahawa kesungguhan antum utk bersama-sama
memperjuangkan misi FIDAK 2015 tercapai...inshaAllah.

Segala kekurangan serta hambatan-hambatan yang ada semasa MIN 08 dapat
sama-sama kita jadikannya sebagai satu tazkirah bagi diri kita.

akhir kata dari ana..
Tahniah K-DG di atas pengorbanan antum yang terlalu tinggi,
Mabruk utk semua Peserta MIN 08 di atas semangat antum.

" FIDAK 2015, bukan sekadar igauan, tetapi suatu kepastian!!! "