Wednesday, September 17, 2008

Antara Sabar dan Mengeluh...

Bismillah..


"Ya Allah...Banyaknya keje hari nie..Assignment lagi, Presentation, Test..!!Semua nak minggu ni..Penatlah.. ".
Keluhan 1


"Tak dapatla nak attend program kak, sebab banyak keje saya..Saya punya keje banyak sgt, buku nak study tue pun saya banyak tak sentuh lagi...Penatla.." Keluhan 2

"Sabar je la..Lecturer nie ajar, tak paham aku..Membebel aje kat depan..Die tak tengok ke student die tak paham..Penatla macam nie..."
Keluhan 3

"Ala..kena reject lagi projek aku.. Apela pensyarah nie..penat tau aku usaha.." Keluhan 4

Keluhan yang banyak mengelirukan fikiran

Ha..Banyak betul keluhan kita yer. Ada sahaja alasan kita. Mari sama-sama kita hayati cerita di bawah.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya,
"Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Hm..Ada sahaja keluhan kita setiap hari..Tapi tahukah anda, betapa banyak nikmatnya, jika kita sentiasa bersabar dengan apa sahaja ujian yang mendatang, terutama bg konteks para pelajar, seharusnya apa saja yang kita lalui atau dapat sama ada banyaknya test, banyaknya projek, banyaknya yang perlu di ulangkaji, perkara itu tidak bisa kita jadikan sebagai keluhan, tetapi seharusnya sentiasa bersabar dan terus berusaha..Penting untuk kita bedah ayat dari Al-Quran yang disebut dalam Surah Muhammad ayat 7


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (47:7)


Oleh itu, sentiasala bersangka baik dengan Allah. Dan perlu diingatkan keyakinan perlu ada dan terus-terusanlah berusaha. Banyakkan bersabar, dan jangan panjang mengeluh. Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala dugaan dan musibah.Wallahu'alam
With Love-k.yOng-


Sentiasa berusaha dan bersabar..Tidak mengeluh..

Tuesday, September 16, 2008

::sharing for caring dr kak anfaal::MEOW... MEOW.. HERE WE COME!

sharing dari kak anfaal di blognya.. :)

***************************************************************************************************************
Banyak citer bulan Ogos ni. Yea! Yea! Alhamdulillah berkesempatan memulakan hujung minggu cuti sekolah dengan join Lawatan ukhuwwah Wanita JIM Pusat ke Kuching, Sarawak. Seawal 5.30 pagi kami bertolak dari Tmn Melawati terus ke LCCT. Abi cayang tolong hantarkan Umi dengan UmmiRoses dan Nazirah untuk flight 8.50pagi ke Kuching.

Ziarah yang best ni tak lain tak bukan demi ukhuwwah..selain dapat melihat bumi Allah yang indah dan juga shopping!!

Tengok je le gambar2 ni ye..

Tu dia Mck Mas dgn beg bizneznya...mcm2 isi dlm tu tau!


Apa yg menarik dari kedai Resipi Warisan dkt Tmn Sri Wangi, Kuching ni adalah kuih sepit/kapit yg berbentuk bunga ros. Ada la yang senyum meleret tu...


Di hadapan kedai Resipi Warisan (ada idea nak buka Kedai WJIM Shoppe macam ni di Bdr Permaisuri nnti). Dr kanan: Kak Dayang, Kak Saedah, dr Har, Mck Mas (tersorok blkg Mck ros), Mck Ros a.k.a UmmiRoses, Nazirah & Me~!

Kek Batik Sarawak! Cantik sangat untuk dimakan :)

2nd day - di UNIMAS. Sesi UmmiRoses dgn student Kolej Tun Ahmad Zaidi. Bergambar bersama akhawat aktivis. Yg baju oren tu Kak Shamsiah (Pengetua Kolej, akhwt). Yg kiri Umi; Maswida (ukht blaja kat Jepun, Umi sempat berkenalan dgnnya smsa berkunjungan ke Jepun thn 2006)


Lepas prgm di UNIMAS, kami pegi kedai/kilang pasu di Batu 7. Umi sempat la mencuba buat pottery. Nampak mcm senang jek! hehe...bila dah laju berpusing..jadilah bentuk pasu yang tak pernah dibuat orang!



Gelagat Mck2 comel ni sebelum menyantap di Restoran Chilli Peppers.



Tadaaa!! Selepas santapan..Licin!



Sabtu malam Ahad, di Raudhatul Mahabbah. Ramai betul akhawat yang hadir untuk mendengar perkongsian UmmiRoses ttg RS.


Hari ketiga - kami dibawa membeli-belah di Serikin (sempadan Kalimantan,Indonesia).

Selepas tu shopping lg di Kuching Waterfront Park. Kat tepi sungai tu banyak jualan bahan kraf terutama gelang dan rantai mcm kat atas tu. Umi tak beli la...kl beli, habis diragut Ulwan,putuih

Saturday, September 13, 2008

salam Ramadhan alMubarak..

bagaimana dgn puasa kali ini..setelah 13 hari kita berpuasa?adakah antum merasai kenikmatan berpuasa dan beribadah dari Ramadhan yg lepas?..sama2 kita pikir2kan la..


insyaAllah, sekarang sedang berlangsung program KEM AULAD BESTARI yang bertempat di Ibu Pejabat Hikmah Kuching pada 13 September 2008. Apa yang menarik mengenai program KEM AULAD BESTARI kali ini adalah kanak2 dari tahun1 hingga tahun 6 telah dibahagikan pada 10kumpulan dan mereka telah diberi masa 15 minit berbincang sesama mereka untuk aktiviti persembahan nasyid. sangat mengagumkan apabila mereka berjaya mempersembahkan lagu nasyid yg diberi dgn baik dan kreatif sekali.ini kerana dgn hnya 15min shj mrka dpat mlksanakan tugas yg diberi, apatah lagi jika diberi masa lebih dari itu,sudah tntu mreka mampu buat yg lebih baik da paling kreatif lagi..itula kehebatan anak2 tarbiah kita, insyaAllah.

Thursday, August 21, 2008

ROQ - Remembrance of Al-Quds

design by akh dhany..







Tuesday, August 19, 2008

::sharing for caring dari kak dewi ::Sekitar Ziarah Wanita JIM Pusat

Assalamualaikum ikhwah & akhawat semua,

AlhamduliLlah, selesai sudah ziarah WJim Pusat ke Kuching. Terima kasih kepada Ukhti Saidah & Ukhti Masna kerana sudi menjadikan RM sbg tempat penginapan & markas berkumpul, terima kasih atas wang yg dibelanjakan tanpa berkira-kira, masa yang diinfaqkan utk memastikan tetamu diraikan dgn baik, dan kenderaan yg dipinjam bagi memudahkan pergerakan.

Terima kasih kepada Ukht Mina kerana bertungkus-lumus menyediakan makan malam utk kami, dan mengerahkan anak-anaknya utk membantu di dapur. Terima kasih kepada Ustaz Suudi kerana memberi sokongan kpd isteri & anak-anaknya utk bersama2 kami.

Dan terima kasih kepada adik-adik karisma yg banyak membantu, esp di dapur, mengemas rumah, menjadi driver dan melayan tetamu dgn begitu meriah sekali. Dan terima kasih kepada Ukhti Kartini, Ukhti Radiah dan semua ikhwah akhawat yg namanya tak dpt disebut di sini.

Hanya Allah sahaja yg dpt membalas segala jasa antum.

Daripada prog kali ini, ada beberapa perkara yg terpahat di ingatan ana:

a) Gajah Kecil Gajah Besar

Dr Har ada menunjukkan satu slide gambar gajah kecil yg kakinya dirantaikan kepada sebuah pokok. Rantai itu menyebabkan si gajah kecil tidak dapat pergi jauh dari pokok itu. Lama-kelamaan, gajah itu pun membesar, lebih besar & lebih kuat daripada rantai yg mengikatnya. Namun, si gajah besar itu tetap berada hampir dgn pokok, kerana dalam fikirannya, ia masih terbelengu oleh rantai itu. Sebenarnya si gajah besar boleh terus melangkah ke hadapan. Hanya 2 kemungkinan yg akan terjadi; rantai itu terputus atau pokok itu tercabut dari tanah. Gajah itu boleh bergerak bebas & jauh.

Begitulah kita yg bekerja di jalan dakwah ini. Kita mungkin mempunyai banyak potensi & kekuatan, tetapi tidak memaksimakan potensi kita kerana takut kepada risiko & halangan-halangan yg sebenarnya boleh diatasi. Jadi, kita perlu lebih berani utk maju ke hadapan dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

b) Hanya tersasar, hidayah Allah ada di mana-mana

Banyak kisah yg Ummi Roses ceritakan ttg penghuni RS. Salah satu cerita ttg seorg siswi IPT yg menjalinkan hubungan cinta dgn pemuda Kristian dari Sarawak. Pemuda itu terus mempengaruhi siswi itu utk memasuki agama Kristian, dgn menimbulkan keraguan terhadap Islam dan menunjukkan laman2 web yg memburukkan Rasulullah saw. Mereka bersekedudukan dan tinggal berdua serumah. Setelah siswi tersebut mendapat ijazahnya, mereka masih tinggal bersama. Siswi tersebut tekad utk murtad, dan pihak keluarga tidak dapat berbuat apa-apa.

Pada suatu hari, mereka diserbu dan dituduh berkhalwat. Si pemuda Kristian segera membuat laporan polis menyatakan bahawa dia tidak ada kaitan dgn siswi/wanita itu atau mempengaruhinya supaya bertukar agama. Hakim mahkamah (yg perihatin) menjatuhkan hukuman supaya wanita itu dihantar ke Raudhatus Sakinah, walaupun usianya melebihi 25 tahun.

Sementara menunggu hukuman dijatuhkan, wanita tersebut dimasukkan ke dalam lokap, bersama-sama para pembunuh, perompak, pencuri dsd. Mereka pun saling berkenalan, masing2 memberitahu sebab dan bagaimana boleh masuk lokap. Apabila mereka mendapat tahu yg wanita tersebut masuk lokap kerana murtad, reaksi mereka sungguh menakjubkan. Mereka berkata:

" Kamu tahu tak, walaupun kami membunuh orang, mencuri, merompak tapi kami sekali-kali tidak akan keluar dari Islam!"

Mereka terus menasihati wanita murtad itu sehingga beliau tersedar dan akhirnya rela kembali ke jalan Allah di RS.

c) Demi anak-anak

Pada suatu hari, anak Dr Har bertanya kpdnya, mengapa dia selalu keluar. Dr Har menerangkan kpd anak-anaknya bahawa dia keluar utk mengajak manusia supaya kembali mengamalkan Islam. Bagi Dr Har, dia tidak mungkin dapat mendidik anak-anaknya di rumah sahaja. Mereka pasti perlu dilepaskan utk bergaul dgn masyarakat. Jadi, Dr Har perlu keluar kepada masyarakat dan berusaha utk mengislahkan suasana yg buruk. Supaya anak-anaknya keluar ke dalam masyarakat yg baik. Jadi, masa yg diluangkan utk keluar mengislah masyarakat sebenar adalah utk kebaikan anak-anaknya juga.

Bagi Dr Har, para ibu bapa adalah the biggest stakeholder, mereka yg paling berkepentingan dalam program-program memasyarakatkan dakwah. Anak-anak bukanlah alasan utk tinggal di rumah sahaja, tetapi motivasi utk terus melakukan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Namun begitu, tanggungjawab di rumah tidak boleh diabaikan.

Kata Dr Har lg, Allah permudahkan segala urusan rumahtangganya apabila dia terpaksa keluar melakukan kerja2 dakwah. Contohnya, jika dia terpaksa keluar pada waktu malam (bukanlah keluar setiap malam), anak-anaknya tetap menyiapkan kerja sekolah mereka tanpa diawasi oleh sesiapapun. Sebaliknya, seorang rakan yg tidak terlibat dengan kerja2 dakwah, pernah menyatakan bahawa dia tidak dapat meninggalkan rumah, setiap malam dia kena duduk di meja disamping anak-anaknya yg membuat kerja sekolah. Jika tidak, anak-anaknya pasti tidak akan membuat homework mereka. Lihatlah bagaimana Allah menurunkan bantuan-Nya kepada mereka yg bekerja di jln Allah dgn ikhlas.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf kalau ada silap & salah.

Sekian. Wassalam

kak dewi

Monday, August 18, 2008

Mengapa 21/8

dipetik dari http://21-8.blogspot.com

ADA APA DENGAN 21 OGOS? MENGAPA HARI ITU DIINGATI?


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!


Risalah Pergerakan Pemuda Islam

Musthafa Muhammad Thahan

14 Momen-Momen penting dalam Sejarah pp.209

60 tahun Nakbah Palestin

dipetik dari http://21-8.blogspot.com

60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948


Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181' yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara "Israel" pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948..

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, "Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu".

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

  1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.
  2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.
  3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
  4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
  5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
  6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
    Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.
  7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
  8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
    Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.
Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.
PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.
Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin PerundingAman Palestin