VIPs arrive (The Cultural Show : Lion Dance & kompang)
Open Speech by the President of Jamaah Islah Malaysia.
2.10pm
Open Ceremony of Harmony Carnival 2009 by Chairman of JAIS
VIPs invited : Committees of MAIS, Chairman of ACCIN & NGOs.
Cultural Show : Lion Dance from SMK Bandar Baru Ampang.
Booth tour
3.00pm – 4.30pm
Forum / Dialog – (Spiritual Solution to Ecomomics Problems - Bro. Muhammad Abdullah, Dr Ahmad Zainuddin JIM, Rep of Malaysian Hindu Sanggam, Rep of Youth Buddhist and Rep of Christian)
§Manusia ialah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir1
§Manusia ialah ciptaan Allah yang bersifat fizikal
Bahan Kejadian :
·Unsur tanah
·Air mani
Manusia Pertama :
·Nabi Adam
Peringkat Proses Mencipta Manusia Pertama:
·Allah menghimpunkan kesemua unsur untuk menjadikan Adam
·Semua himpunan itu diadun untuk menjadi sejenis tanah
·Dibiarkan sehingga kering dan bertukar warna
·Allah mereka bentuk tanah ini menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi
·Kemudian Allah menghembuskan roh ke rangka Adam
Unsur Penting Dalam Diri Manusia :
·Roh , akal , nafsu ,hati
Alam Yang Dilalui Manusia :
·Alam roh , alam rahim , alam nyata , alam kubur , alam akhirat
Nama Manusia Disebut Dalam Al-quran :
·Al-insan , An-nas , Al-basyar.
Status :
·Hamba
·Khalifah
Tugas Utama :
·Beribadah kepada Allah
Tempat Tinggal Dahulu :
·Di Syurga
Tempat Tinggal Sekarang :
·Di bumi
Umur Manusia :
·Tidak tetap
·Paling lama 1000 tahun
Agama Anutan Manusia :
·Islam , Yahudi , Kristian , Hindu , Majusi , Budha
Bapa Segala Manusia :
·Nabi Adam
Manusia Yang Paling Mulia :
·Orang yang bertaqwa
Manusia Yang Teristimewa :
·Manusia menjadi Nabi dan Rasul
Kelebihan Manusia Berbanding Makhluk Lain :
·Diberi akal fikiran
·Diberi ilmu pengetahuan
Golongan Manusia :
·Islam
·Kafir
·Murtad
·Munafiq
·Fasiq
Musuh Nombor Satu Bagi Manusia :
·Syaitan
Sahabat Manusia :
·Sesama manusia
Manusia Pertama Masuk Syurga :
·Nabi Muhamad
Manusia lahir tanpa ibu dan ayah :
·Nabi Adam
·Hawa
Manusia lahir Tanpa Ayah :
·Nabi Isa
Manusia Pertama Boleh Bercakap Semasa Bayi :
·Nabi Isa
Jenis Manusia Yang Baik :
·Beriman , taat
Jenis Manusia Yang Jahat :
·Kafir , ingkar
Manusia Yang Paling Cerdik :
·Sentiasa Mengingati mati
Manusia Yang Paling Bodoh :
·Jahil agama
Manusia Yang Paling Baik :
·Ikhlas, redha
Manusia Yang Paling Zalim :
·Tidak menerima kebenaran
Manusia Yang Paling Jahil :
·Tidak mengenal Allah
Manusia Yang Terpelihara Dari Segala Dosa :
·Para Nabi dan Rasul
Manusia Yang Boleh Memberi Syafaat :
·Rasulullah
Manusia Yang Digeruni Manusia Dan Jin :
·Sahabat Omar Al-khattab
Manusia Yang Pertama Dibawa Musafir Ke Langit :
·Nabi Muhamad.
Manusia Yang Diangkat Ke langit Dan Akan Turun Ke Bumi Semula :
·Nabi Isa
Kesalahan Manusia Yang Tidak Diampuni Dosanya :
·Syirik
Manusia Yang Mengaku Sebagai Tuhan :
·Fira’un
Manusia Yang Paling Kaya Di Dunia :
·Qarun
Manusia yang paling beruntung:
·Dapat melepaskan diri dari azab neraka
Syarat Manusia Masuk Syurga :
·Beriman Kepada Allah dan Rasul serta Rukun Iman yang enam
·Beramal soleh
·Mendapat rahmat Allah
Syarat Manusia Masuk Islam :
·Pengakuan dua kalimat syahadah
Tempoh Manusia Tinggal Di Bumi :
·Sehingga mati
Manusia Yang Paling Lama Hidup Di bumi :
·Nabi Adam
·Nabi Nuh
Tempat Kesudahan Manusia :
·Di Syurga
·Di Neraka
Tuesday, March 3, 2009
Minggu Penghayatan Islam
tempat:Unimas tarikh:7-11 mac 2009
kearah menjayakan FIDAK 2015
antara tetamu jemputan dari pihak karisma sarawak
ummi roses (Raudatus Sakinah)
en kamaruzzam (Hidayah Centre)
ukht yusnani (Raudatus Sakinah)
mereka antara tetamu khas yang dijemput untuk menyampaikan diskusi ilmiah bertajuk "Kebangkitan islam....tanggunjawab siapa???"
bertempat: Dewan Kuliah, CTF2 Tarikh : 7 Mac 2009 Masa : 8.00-10.30 mlm
ikhwah dan akhawat serta adik-adik diluar sana dijemput hadir bagi menjayakan program ini....
'ala kulli hal kami cuba melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin.....namun hanya padaNyalah tempat kami bergantung....sokongan anda amatlah dihargai.
kata mereka tak payah nak menyibuk macam cik kiah,
jaga diri masing-masing cukuplah...
Bile mula berdakwah,
ada yang nak berubah,
tapi nak tunggu sampai betul2 mantaplah,
kalo tak cukup amal lagi, tak payah..
Bile mula berdakwah,
sindiran demi sindiran datang menyinggah,
pelbagai cabaran yang perlu ditempah,
doa menitip di bibir tak sudah-sudah...
Bile mula berdakwah,
Haruslah sentiasa bermuhasabah,
Doa dan semangat jadi harapanlah,
Mudahan diri ini dan mereka mendapat hidayah...
Nukilan
-k.yong-
Buat rakan-rakan yang dalam proses mendakwahkan diri dan juga orang lain..Sajak ini khas untuk kamu...Specially to Sahabat2 K-Srwk Juea, Naz, Milah, Along, Izzati, Kamilah, Angah, Eila n Nur..
Mudahan sama-sama kita istiqamah di jalan ini..Salam jihad..
Sentiasa bermuhasabah diri untuk memantapkan dakwah
Insya Allah, untuk kali ni, k.yong akan kongsikan dengan antum tentang perjalanan PKN 2008 yang k.yong dan k.iyah(kamilah) telah hadiri di Auditorium Muzium Shah Alam pada 26-28 Disember 2008.
26 Disember 2008
Seawal pagi, macam biasa, pergi ke tempat kerja yang k.yong praktikal. Siap bawa beg baju yang nak di bawa ke Shah Alam. Semangat betul nak pergi ke PKN,hehe..Walhal penerbangannya jam 9.15 mlm, dan dijangka sampai ke Shah Alam pada jam11.45mlm..hehe..Bukan apa, lepas kerja terus kawan k.yong hantar ke airport..Dah tak sempat lagi nak balik ke rumah sewa. Itulah bawa semua beg baju ke pejabat. J
Jam 6.20 petang hujan juga di KK. Alhamdulillah, sesampai airport terus menunaikan solat maghrib dan tunggu sampai waktu isya’ baru masuk ke dalam tempat perlepasan penerbangan. Keadaan luar masih hujan,hmm..risau juga kalau-kalau ‘flight delay’.. Jam dah 9.05 mlm, tapi barisan penumpang yang beratur panjang nak masuk ke dalam ‘belon’ tak bergerak-gerak lagi. Statik macam tue jek. Huhu..Dalam hati k.yong dah terdetik..”Alamat sampai lambat la ke Shah Alam ni..” Ting..ting..ting.. Alhamdulillah, akhirnya tepat jam 9.15 mlm k.yong pun bertolak dari Sabah. Sebelum masuk tu dah mesej Akh Bai n K.Sod yang bakal menyambut kami (k.yong n k.iyah) di kL sentraL.
Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit, akhirnya k.yong sampai ke Terminal LCCT pada jam 12.05 pagi. Sesampai sahaja di Terminal, cepat-cepat buka ‘handset’, 1st thing in mind nak cari k.iyah. Walaupun dah lebih dari jam 12 pagi, tapi keadaan di Terminal masih lagi riuh rendah. Dalam keriuhan tue tercari-cari kelibat k.iyah..
-One message received-
Salam, k.yong, org baru sampai.
-k.iyah
Betul-betul nak dikatakan berjodoh, ternampakla k.iyah di depan mata..hehe..Tanpa membuang masa lagi, kami terus membeli tiket ke kL Sentral memandangkan kaunter tiket akan ditutup pada jam 12.30 pagi.
Sampai di kL sentraL pada jam 1.45 pagi dan disambut oleh k.Sod dan Akh Bai..Kami terus di bawa ke tempat penginapan di asrama salah sebuah sekolah agama di kawasan yang berdekatan dengan muzium Auditorium Shah Alam dan tapak karnival. Lebih kurang jam 2.30 pagi juga la kami sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan, memang rasa penat sangat. Tapi, di sebabkan terlalu sangat berdebar-debar dengan PKN, k.yong dan k.iyah sibuk menyusun ayat untuk perbahasan di PKN nanti. Nak dipendekkan cerita, kami pun berjaga hingga menunggu waktu Subuh. Alhamdulillah, Allah berikan kami kesempatan untuk bertahajjud dan solat hajat pada malam itu. Azan berkumandang seawal jam 5.05 pagi…”Eh, awal jugak masuk Subuh kat sini Kamilah,” tanya k.yong pada k.iyah. “Akak, gerak saya jap lagi kalau dah masuk Subuh, ngantuk sangat ni,” balas Kamilah. Siannye kat k.iyah..Sambil dia terlelap sekejap, akak masihla berfikir-fikir dah masuk Subuh ke tak nie.hehe.. Pada jam 5.30 pagi, k.yong gerak k.iyah, kami pun menunaikan solat Subuh bersama-sama. Lepas solat, tertidur ayam sekejap…Penat sangat dah mata nie..
“Kak…,kak…,kak,…”
Mata terpejam, terus dicelikkan..hehe..
“Akak bangun, dah Subuh..” kata seorang adik yang juga turut terlibat dengan PKN.
K.yong tergumam sebentar. Kepala nie berpusing-pusingla, ligat berfikir..”Aik, tadik bukan aku dah Solat ke ek?” k.yong bermonolog sendirian.
“Errr..Adik..akak rasa mcm dah solat Subuh tadi..Jam 5.30 mcm tue..”kata k.yong dengan konfidennyer..
“Eii..Akak..sini jam 6.20 gitu baru masuk Subuh..Akak nie..mimpi ek..”kata adik tue sambil ketawa.
“Hehe..,”k.yong tersenyum kambing ajela..Cepat-cepat gerakkan k.iyah yang masih lagi lena dibuai mimpi, ape lagi?? Terus tunaikan solat sUbuh..
Rupa-rupanya..alkisah terlalu kemaruk sangat menyangkakan Waktu Subuh mcm Sabah n Sarawak, bila dah kat Semenanjung dengar azan jam 5 pagi tadi terus ingat dah masuk waktu Subuh..hehe..Azan yang awal tue nak kejutkan org untuk bangun menunaikan Qiamullail..
PATUTLA….hehe..hehe..ketawa ajela k.yong n k.iyah sepanjang pagi yang hening itu..haha
Awal pagi lepas Subuh tue, kami berjalan ke muzium Auditorium tue..Wah, disebabkan ke’awalan’ sangat kedatangan kami, sampaikan kaunter pun tak dibuka lagi..Hai…Semangat betulla nak ber’PKN’ akak 2 orang nie..hehe..
Disebabkan semalam sedikit kelaparan dalam perjalanan ke Shah Alam, kami sama-sama mencari kalau-kalu ada gerai yang dah di buka. Alhamdulillah, rezeki pagi tersebut, dapat kami menjamu selera untuk mengisi perut yang berkeriut…hehe..Kebetulan pula..bertemu dengan 2 orang akhawat dari UMP iaitu Ukhti Syafarah dan Ukhti Maryam. Berta’aruf dan sama-sama berjalan ke tempat program PKN.
Ok, kisah diteruskan dengan program yang bermula pada jam 8.30 pagi. Ramai juga pemerhati dan perwakilan yang datang..Seluruh pelusuk negeri boleh dikatakan memeriahkan PKN. Untuk pengetahuan semua, Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti 2008 turut diadakan berserta dengan PKN tue.. Memang banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival tersebut. Ada jualan, ada pertandingan dan macam2 lagi. Aktiviti di karnival, k.yong dan k.iyah hanya dapat sertai sebaik selepas program PKN.
Tentang PKN
Sebenarnya apa yang dibahaskanadalah berdasarkan Ucapan Dasar Presiden KnL yakni Akh Mohd Amirul Mohd Letfee. Tema PKN pada tahun nie adalah “PEMIMPIN BERORGANISASI, PENGGALAS MISI” . Setiap perwakilan dari semua pelusuk negeri perlu membahaskan, mencadangkan, mengkritik dan meng’ yang sewaktu dengannya daripada ucapan dasar tersebut. Antara perkara yang di sentuh adalah tentang Syariah:Perjuangan Kita, Menjayakan Misi Karisma, Menuju Penghujung Rancangan Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus (FIDAK 1), Rancangan JIM 2 dan Karisma, Melonjakkan Karisma ke hadapan, Memperkukuh Organisasi, Fokus tentang pembangunan Ahli, Mengklon Abdul Rahman bin Auf, Menempatkan Karisma di hati masyarakat, Karisma dimasa hadapan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Karisma, Membina pemimpin masa hadapan, Pemuda dan perubahan, Menonjolkan keupayaan pemimpin dan beberapa sorotan isu semasa tahun 2008 yang termasuk tentang Fenomena Barack Hussein Obama, Saudara di Palestin, Senario Politik semasa, Finance, Food and Fuel Crisis, Pindaan AUKU dan Pilihanraya Kampus.
Wah..Sudah tentu apa yang dapat k.yong simpulkan, pengalaman kali pertama ke PKN sangat berharga. Di sini betapa kita dapat melihat gerakan mahasiswa menjadi indeks yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Juga, dalam mencapai mahasiswa yang berintelek dan berakhlak, perbincangan seperti ini amatlah bermanfaat. Kebiasaan kita melihat rata-rata mahasiswa bila di soal tentang isu semasa kebanyakannya tidak mengetahui malah tidak mengambil tahu pun. Oleh itu, ini juga adalah usaha Karisma dalam melahirkan mahasiswa yang berintelek dan mempunyai saksiah yang tinggi, tidak lain dan tidak bukan adalah pentingnya untuk membentuk sebuah negara daulah islamiyyah.
Kata-kata dariPKN yang tersemat di dalam ingatan adalah seperti berikut:
1.Kefahaman yang jelas tentang dakwah. Mantapkan lagi pengetahuan serta tingkatkan diri dalam beramal. Surah As Saff (1-4) menitip di bibir berkali-kali kerana kita tak mahu tergolong dalam golongan yang memperkatakan dan tidak mengerjakannya.
2.Dakwah itu tidak akan mati. Dakwah akan berterusan dengan adanya kita atau tiadanya kita. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur apabila dipilih untuk berada di jalan ini memandangkan Allah tahu akan kemampuan kita.
3.Sentuhan tarbiyyah. Tongkat utama dalam Karisma termasuklah TPSM dan Dana. Oleh itu perlu dimantapkan bagi setiap lokaliti. Memperkemaskan database usrah serta prestasi mad’u masing-masing.
4.Kreativiti Murabbi. Dalam pengendalian usrah, murobbi perlu bersikap inisiatif dan kreatif dlm menghidupkan halaqah, komited, istiqamah dan progresif. Ini adalah bagi melahirkan 600 nuqaba menjelang 2010.
5.Amalan kita. Selain mengajak orang lain dalam berdakwah, perlu dititikberatkan juga dalam mendakwahkan diri kita sendiri. Sentiasa bermuhasabah dengan dirisendiri. Tingkatkan amalan.
6.Surah An Nisa’ (9 dan 77). Sudah mantapkah kita menyediakan pelapis? Kalo diajak untuk berperang, adakah kita bersedia?Sanggup untuk berjihad?
7.SISMA KnL- menjadikan satu platform untuk memperkasakan akhawat jika mengalami masalah tertentu dalam program misalnya atau tanzim.
8.Kearah FIDAK, apa yang diperlukan adalah kualiti BUKAN kuantiti!!
9.Kesimpulannya, bersama dalam satu tujuan, untuk dakwah ini, perlukan kefahaman..Disebabkan itu, tarbiyyah mesti diteruskan walau di mana-mana. Allah sentiasa bersama kta untuk segala kerja.
Ini bahagian yang paling terkesan
“Bila kita dalam berpersatuan di dalam kampus, kita diberi jawatan, kita dapat menjalankannya dengan baik. Tapi kenapa dalam KARISMA perlu berkira?”
Sememangnya betul apa yang disebutkan dalam ayat di atas. Bagi k.yong, kadang kala dalam keadaan tidak kita sedari, selalu kita mengeluh dengan apa yang kita di amanahkan dalam Karisma. “Ala, tak cukup ilmu lagi, takleh nak berdakwah” atau “Ana, tak cukup baik lagi, tak layak pun dalam tanzim”..itu kata-kata yang sering dengar. Kenapa kita tak mengeluh pun bila dilantik sebagai jawatan tertinggi atau ahli jawatankuasa dalam kampus?Sama-sama kita muhasabah diri kita..
Malamnyer…
Pada sebelah malam, diadakan Forum dan Nasyid turut diadakan di tapak karnival. Pusat-pusat jualan pun tidak kurang hebatnya. Agak memberangsangkan sambutan pada malam itu. K.yong dan k.iyah mengambil kesempatan pada malam tersebut sama-sama mengumpul contact number penjual, bukan ape dalam nak menambah operasi dana bagi K-Sarawak…hehe..(Ish..ish..sempat lagi tuh..)
Sempat beramah mesra dengan akhawat perwakilan dan pemerhati. Ukhuwah terbina mudahan berpanjangan..Insya Allah!!
Seawal jam 5 pagi dah bersiap-siap untuk pulang ke Sabahdan Sarawak. Penerbangan k.yong dan k.iyah dalam jam 10 pagi. Alhamdulillah, kami dihantar oleh Ukhti Najwa dan Ukhti Salwa..(Syuqran ya Ukhties..) K.iyah berlepas dahulu ke Sarawak manakal k.yong berlepas ke Sabah dalam 10 minit kemudian. Satu pengalaman indah bagi k.yong untuk disematkan dalam ingatan dan dikongsikan pada adik-adik tersayang..
Secara kesluruhannya,apa yang penting di sini, kita tidak hanya mahu bicara dan terus bicara. Apa langkah kita? One..Two..Three..ACTION!! Mari kita bertindak untuk merealisasikan FIDAK 2015!! Allahu Akbar…!
إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب
"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )
Sejarah Penubuhan
KARISMA adalah akronim bagi Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melalui Jawatankuasa Institut Pengajian Tinggi JIM (JIM-IPT). Dilancarkan pada 2 Mei 1999, KARISMA mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Rasional Penubuhan
Usaha dakwah dan pengislahan di kalangan masyarakat, khususnya warga kampus sewajarnya digerakkan oleh golongan mahasiswa itu sendiri melalui penglibatan strategik di peringkat IPT, negeri dan nasional. Ini didasarkan di atas kesedaran bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang mampu menjadi anasir pembaharuan ke arah kebaikan (islah) dengan membawa mesej Islam kepada masyarakat umum dengan berkesan.
Objektif Penubuhan
1. Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin di kalangan mahasiswa
2. Menggerakkan penglibatan mahasiswa dalam proses pengislahan masyarakat
3. Mewujudkan ruang permuafakatan dan kerjasama yang seluas-luasnya dengan semua pihak
Kenyataan Visi
"Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia"
Kenyataan Misi
‘Beriltizam untuk melahirkan mahasiswa du’at soleh wa musleh yang cemerlang dari aspek sakhsiah, kepimpinan dan akademik melalui program pembangunan insan yang komprehensif’
“Menggembleng tenaga mahasiswa kearah merealisasikan Fikrah Islam Dominan Alam Kampus (FIDAK) menjelang 2015”
Motto
‘Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan’
::hari ini::
::bilangan tetamu::
mutiara..
….Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali ::Hud 88::
saudaraku...!! dimanakah kita...?? di saat saudara kita derita, di saat darah mengalir di tubuh mereka, di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,
Saudaraku...!! sedarkah kita...?? mereka di sana dinoda, mereka di sana disiksa, mereka di sana bertarung nyawa,
Saudaraku...!! butakah kita...?? melihat mereka reba sebagai syuhada, melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa, melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,
Saudaraku...!! pekakkah kita, mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa, mendengar letupan membinasa tubuh mereka, mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,
Saudaraku...!! bodohkah kita...?? melihat perdamaian sebagai penamat sengsara, menuduh saudara kita sebagai punca binasa, lantang bersuara namun tiada hasilnya,
Saudaraku...!! tak malukah kita...?? kita berharta, tapi mereka, melawan dengan pecahan batu-bata, bangkit tanpa senjata yang gagah, berbekalkan Allahuakbar, mereka ke barisan pertama, biar peluru menjadi hadiah, mereka berundur selangkah
Saudaraku...!! tak takutkah kita...?? bila Allah berkata, apakah yang kita lakukan demi agama-Nya, apakah yang kita buat demi Al-Aqsa, apakah, apakah dan apakah...??
Bangunlah kita...!! dari mimpi indah, kita di ambang kesulitan, agama kita diperlekehkan, saudara kita diolok-olokkan, bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!
Jalan Dakwah Album : Munsyid : AlarmMe http://liriknasyid.com
Dari barisan usrah Dan dari umbi tarbiah Muncullah sinaran fikrah Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran Bersama islam membina ummah Usaha daulatkan syariah Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa Di dalam susah dan mewah Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa Dulu kini selamanya Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi Teguhkan iman kami Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat Mengukuh umat insan sejagat Setiap mehnah pastinya ada hikmah Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan Prinsip syura jadikan amalan Korban masa tenaga kita Dan fikiran perkasakan maruah kita
Hubungan
salam.. segala perhubungan serta maklumbalas boleh emel terus kepada karismasarawak@gmail.com InsyaAllah kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin jzkk