Thursday, February 7, 2008

Muzakarah IPT Nasional

Dipetik dari SUA KnL,

Assalamualaikum wrt.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta sekalian alam, pentadbir sekalian alam.
selawat dan salam khas utk Rasul junjungan Nabi Muhammad Saw.
alhamdulillah, summa alhamdulillah.

Muzakarah IPT Nasional 2008 ( MIN 08 ) telah pun melabuhkan tirainya.
Ana mewakili semua jawatan kuasa KNL dan Pihak penganjur ( K-DG ),
Mengucapkan jazakumullahu khairan kathira di atas semua
Pengorbanan dan komitmen yang telah diberikan oleh
peserta MIN 08. Kerjasama yang telah antum berikan sedikit sebanyak telah
memudahkan segala urusan sepanjang program dijalankan.

Kehadiran peserta seramai 107 ( ikhwah 42 org & akhwat 65 org )
telah membuktikan bahawa kesungguhan antum utk bersama-sama
memperjuangkan misi FIDAK 2015 tercapai...inshaAllah.

Segala kekurangan serta hambatan-hambatan yang ada semasa MIN 08 dapat
sama-sama kita jadikannya sebagai satu tazkirah bagi diri kita.

akhir kata dari ana..
Tahniah K-DG di atas pengorbanan antum yang terlalu tinggi,
Mabruk utk semua Peserta MIN 08 di atas semangat antum.

" FIDAK 2015, bukan sekadar igauan, tetapi suatu kepastian!!! "

No comments: