Friday, October 3, 2008

Adab-adab Pergaulan Antara Lelaki dan Wanita

Salam...

Untuk kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang adab pergaulan antara lelaki dan wanita. Ini adalah antara perkongsian daripada sahabat penulis dan di sini penulis merasakan perkara ini amat penting untuk di sampaikan memandangkan banyak perkara yang kadangkala kita terlepas pandang terutamanya dari segi pergaulan antara lelaki dan wanita. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberikan input yang amat bermakna pada anda semua. Selamat beramal kerana Allah swt.


Mukadimah

Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mengatakan bahawa pergaulan di antara lelaki dan wanita adalah sama dengan pergaulan di antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Ini diakui bukan sahaja oleh Islam, tetapi juga oleh agama-agama dan nilai-nilai dalam tamadun-tamadun yang lain.

Di dalam Islam, pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah dibataskan pada perkara-perkara yang tertentu sahaja dan di dalam batas-batas yang tertentu.

Ini adalah kerana tabiat lelaki dan perempuan yang memang tidak sama di antara satu sama lain.


Percampuran yang diharuskan

Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu untuk bergaul dan berinteraksi. Kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi.

Perkara-perkara itu adalah:

1. Perkara-perkara Dharuriat

2. Perkara-perkara Hajiat


Perkara-perkara Dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai

2. Melarikan seorang perempuan untuk menyelamatkannya


Perkara-perkara Hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak 5. Kerja-kerja kehakiman

2. Persaksian 6. Amar makruf nahi mungkar

3. Melayan tetamu pada batasnya 7. Dalam kenderaan awam

4. Kerja-kerja jihad 8. Belajar dan mengajar


Adab-adab Pergaulan Lelaki dan Wanita

Adab yang perlu dijaga oleh pihak lelaki adalah:

1. Ucapan yang makruf dan sopan

2. Menundukkan pandangan

3. Tidak berhimpit-himpit

4. Tidak berkhalwat

5. Menghindari tempat syubhat

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:

1. Iltizam dengan pakaian Islam

2. Ucapan yang tidak dilunakkan atau bermanja-manja

3. Menjaga pergerakan


Elakkan diri dari 'zina hati'

Untuk posting yang akan datang, penulis akan berkongsi dengan anda tentang apa yang dikatakan sebagai 'zina hati'.

With Love-k.yOng


No comments: