Assalamualaikum ikhwah & akhawat semua,
AlhamduliLlah, selesai sudah ziarah WJim Pusat ke Kuching. Terima kasih kepada Ukhti Saidah & Ukhti Masna kerana sudi menjadikan RM sbg tempat penginapan & markas berkumpul, terima kasih atas wang yg dibelanjakan tanpa berkira-kira, masa yang diinfaqkan utk memastikan tetamu diraikan dgn baik, dan kenderaan yg dipinjam bagi memudahkan pergerakan.
Terima kasih kepada Ukht Mina kerana bertungkus-lumus menyediakan makan malam utk kami, dan mengerahkan anak-anaknya utk membantu di dapur. Terima kasih kepada Ustaz Suudi kerana memberi sokongan kpd isteri & anak-anaknya utk bersama2 kami.
Dan terima kasih kepada adik-adik karisma yg banyak membantu, esp di dapur, mengemas rumah, menjadi driver dan melayan tetamu dgn begitu meriah sekali. Dan terima kasih kepada Ukhti Kartini, Ukhti Radiah dan semua ikhwah akhawat yg namanya tak dpt disebut di sini.
Hanya Allah sahaja yg dpt membalas segala jasa antum.
Daripada prog kali ini, ada beberapa perkara yg terpahat di ingatan ana:
a) Gajah Kecil Gajah Besar
Dr Har ada menunjukkan satu slide gambar gajah kecil yg kakinya dirantaikan kepada sebuah pokok. Rantai itu menyebabkan si gajah kecil tidak dapat pergi jauh dari pokok itu. Lama-kelamaan, gajah itu pun membesar, lebih besar & lebih kuat daripada rantai yg mengikatnya. Namun, si gajah besar itu tetap berada hampir dgn pokok, kerana dalam fikirannya, ia masih terbelengu oleh rantai itu. Sebenarnya si gajah besar boleh terus melangkah ke hadapan. Hanya 2 kemungkinan yg akan terjadi; rantai itu terputus atau pokok itu tercabut dari tanah. Gajah itu boleh bergerak bebas & jauh.
Begitulah kita yg bekerja di jalan dakwah ini. Kita mungkin mempunyai banyak potensi & kekuatan, tetapi tidak memaksimakan potensi kita kerana takut kepada risiko & halangan-halangan yg sebenarnya boleh diatasi. Jadi, kita perlu lebih berani utk maju ke hadapan dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
b) Hanya tersasar, hidayah Allah ada di mana-mana
Banyak kisah yg Ummi Roses ceritakan ttg penghuni RS. Salah satu cerita ttg seorg siswi IPT yg menjalinkan hubungan cinta dgn pemuda Kristian dari Sarawak. Pemuda itu terus mempengaruhi siswi itu utk memasuki agama Kristian, dgn menimbulkan keraguan terhadap Islam dan menunjukkan laman2 web yg memburukkan Rasulullah saw. Mereka bersekedudukan dan tinggal berdua serumah. Setelah siswi tersebut mendapat ijazahnya, mereka masih tinggal bersama. Siswi tersebut tekad utk murtad, dan pihak keluarga tidak dapat berbuat apa-apa.
Pada suatu hari, mereka diserbu dan dituduh berkhalwat. Si pemuda Kristian segera membuat laporan polis menyatakan bahawa dia tidak ada kaitan dgn siswi/wanita itu atau mempengaruhinya supaya bertukar agama. Hakim mahkamah (yg perihatin) menjatuhkan hukuman supaya wanita itu dihantar ke Raudhatus Sakinah, walaupun usianya melebihi 25 tahun.
Sementara menunggu hukuman dijatuhkan, wanita tersebut dimasukkan ke dalam lokap, bersama-sama para pembunuh, perompak, pencuri dsd. Mereka pun saling berkenalan, masing2 memberitahu sebab dan bagaimana boleh masuk lokap. Apabila mereka mendapat tahu yg wanita tersebut masuk lokap kerana murtad, reaksi mereka sungguh menakjubkan. Mereka berkata:
" Kamu tahu tak, walaupun kami membunuh orang, mencuri, merompak tapi kami sekali-kali tidak akan keluar dari Islam!"
Mereka terus menasihati wanita murtad itu sehingga beliau tersedar dan akhirnya rela kembali ke jalan Allah di RS.
c) Demi anak-anak
Pada suatu hari, anak Dr Har bertanya kpdnya, mengapa dia selalu keluar. Dr Har menerangkan kpd anak-anaknya bahawa dia keluar utk mengajak manusia supaya kembali mengamalkan Islam. Bagi Dr Har, dia tidak mungkin dapat mendidik anak-anaknya di rumah sahaja. Mereka pasti perlu dilepaskan utk bergaul dgn masyarakat. Jadi, Dr Har perlu keluar kepada masyarakat dan berusaha utk mengislahkan suasana yg buruk. Supaya anak-anaknya keluar ke dalam masyarakat yg baik. Jadi, masa yg diluangkan utk keluar mengislah masyarakat sebenar adalah utk kebaikan anak-anaknya juga.
Bagi Dr Har, para ibu bapa adalah the biggest stakeholder, mereka yg paling berkepentingan dalam program-program memasyarakatkan dakwah. Anak-anak bukanlah alasan utk tinggal di rumah sahaja, tetapi motivasi utk terus melakukan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Namun begitu, tanggungjawab di rumah tidak boleh diabaikan.
Kata Dr Har lg, Allah permudahkan segala urusan rumahtangganya apabila dia terpaksa keluar melakukan kerja2 dakwah. Contohnya, jika dia terpaksa keluar pada waktu malam (bukanlah keluar setiap malam), anak-anaknya tetap menyiapkan kerja sekolah mereka tanpa diawasi oleh sesiapapun. Sebaliknya, seorang rakan yg tidak terlibat dengan kerja2 dakwah, pernah menyatakan bahawa dia tidak dapat meninggalkan rumah, setiap malam dia kena duduk di meja disamping anak-anaknya yg membuat kerja sekolah. Jika tidak, anak-anaknya pasti tidak akan membuat homework mereka. Lihatlah bagaimana Allah menurunkan bantuan-Nya kepada mereka yg bekerja di jln Allah dgn ikhlas.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf kalau ada silap & salah.
Sekian. Wassalam
kak dewi
Tuesday, August 19, 2008
::sharing for caring dari kak dewi ::Sekitar Ziarah Wanita JIM Pusat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment