Sunday, June 1, 2008
::dijalan dakwah mereka menikah 2::
ukhuwwah fillah tidakkan musnah
*********************
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang menemui cucu Rasulullah iaitu
Hasan Bin Abu Talib lalu berkata:
"Saya mempunyai seorang anak perempuan. Bagaimana pendapatmu dengan siapa anak perempuanku patut dikahwinkan?"
Hassan berkata;
"Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah. Jika dia mencintainya, dia akan menghormatinya, dan jika dia tidak cinta dia tidak akan menganiayainya."
(dari kad jemputan umie)
***************************
Rasulullah SAW bersabda
"Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, MAka Allah akan menjadikannya miskin. Barangsiapa mengahwini wanita kerana keturunannya, Maka Allah akan menghinanya. Tetapi barang siapa mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangannya, membentengi nafsunya atau menyambung tali persaudaraan, maka Allah tentu memberikan keberkatan kepadanya dengan wanita itu diberikan keberkatan kerananya"
(H.R Ibnu Hibban)
(dari kad jemputan bonda)
*********************************
sahabat yg dirahmati Allah..sama2 kita doakan kebahagiaan mereka dan segala urusan mereka dimudahkan Allah dan juga kerja dakwah bertambah lancar..
buat umie bonda yg kami kasihi & sayangi
moga tabah hati tak berbelah bagi
moga apa yg umie bonda lakukan laksanakan buktikan kepada kami menjadi pencetus sumber inspirasi kepada kami utk abad ini
Allahu Akbar!!
ana nak mengajak sahabat sekalian utk merenung kembali ke dalam diri kita..
sejauh mana perjalanan kita didunia ini?
sudah cukupkah bekalan kita?
bersediakah kita?
pengorbanan kita?
*******************************
kak juea
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment