Bagaikan permata
dicelahan kaca
kerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadaMu Tuhan
kupasrah harapan
moga tak tersalah pilihan
nurkasihmu
mendamai dikalbu
jernih setulus tadahan doaku
rahmat tidakku dan permintaanku
untuk bertemu didalam restu
kurniakan daku serikandi
penyejuk dimata
penawar dihati
didunia dialah penyeri
disyurga menanti dia bidadari
kekasih sejati teman yg berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua kerana keduniaan
mekar hidup disirami nurkasih
ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata
**************************************************
mmm..agaknya ayat2 tu kot bermain-main didalam kepale ustaz...hehe ye tak ustaz..
dua-dua dapat ustaz nih..sorang org pahang sorang org terengganu :) tp....
pening pale gueh..heeh
waduh gi mana sih nak lepaskan peluang ni..??
bukan senang..nak cari akhawat mcm mereka berdua.. bujang pulak tu..
nape ustaz nak org jauh jugak? sedangkan ramai akhawat kat semenanjung tu yg blh djadikan isteri?
umie pun confuse?..
korek punya korek
ustaz nak
akhawat yg level tarbiyyahnya sama dgnnya..(modul tinggi)
senang nak faham kesibukan beliau sebagai daie
lagipun untuk didik anak2nya dgn tarbiyyah yg sbnr dan anak2 faham bgmana rumahtangga seorg daie sebenarnya
dan ustaz kata, kalau nak org ada harta, dah ada org offer anak, nak org ada rupa mmm dia kan famous..penceramah plak tu TAPI yang dia nak sebenarnya yg tarbiyyahnya mantap..dakwah pun ok..bukan mudah n senang nak cari..
akhawat JIM Terengganu bekas naqibah umie iaitu kak ton n kak jah yg cadangkan umie..
hampir setengah tahun jugak nak mnyelesaikan masalah ni
isk..isk..isk..susah jugak nak kawen ek..
pastu dgn umie nyer lagi..jiwa raga x tenteram memikirkan terima x terima x terima..
agak2 berapa lama ek umie amik keputusan utk menerima ustaz tu...
mandi x basah..tidur x lena..makan x kenyang (cmtu ek umie hehe)
dgn bonda nya lagi..seorg sahabat yg tetap setia menanti keputusan umie..
bonda senyap..buat keja sendiri..sebab bukan sedeh (sedeh sikit kot) tp
sebab dia xnak mempengaruhi keputusan umie..sbb ni soal kehidupan..
umie plak..ty ustaz tu..brapa lame sggp tgu? mane tau blh buat2 xtau ke..buat donno je ke..
hehe..
ustaz jawab slumberje... sampai bila-bila..
waaa..parah jawapan tu dbuat umie..lg x tentu arah..
mcm mana ni..kalau aku terima..na macam mana? tak ke naya kawan tu aku tinggalkan sorg2..
xblh jd nih..hurmm
buntu..buntu..
***************************************
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
***************
but honestly..dimana2 mereka tetap bersama..umpama mereka dilahirkan kembar tp berlainan ayah n ibu..mereka saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain..jadinya..semua sama..tetap sama..insyaAllah sampai bila-bila tetap sama selamanya..ana amat respect dgn ukhuwah mereka..
jatuhnya umie, bonda membangkitkannya.. jatuhnya bonda, umie menaikkan semangatnya..dan rasanya..kalau dipisahkan kemungkinan satu perkara yg tidak diingini mungkin berlaku..itulah fitrah manusia yg kita xblh nak sangkalkan..
dimana peranan seorang sahabat untuk menangani masalah ini? dek kerana xnak mementingkan diri sendiri..pengorbanan seorang sahabat amat diperlukan dlm menyelesaikan masalah walaupun bagi mereka yg tidak faham kenapa n mengapa..itulah kerja yg tidak banyak rasanya pernah org lakukan di zaman ini :) ..tp mereka sanggup utk melakukan.. byk kita mendapat tarbiyyah secara teori..dan berapa banyak diantara kita melaksanakan dari teori ke praktikal?
tepuk dada ty sendiri.. :)
dengan izin Allah akhirnya mereka bertemu jodoh dan menikah
::ukhuwwah fillah tidakkan musnah::
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)
bersambung..
kak juea
No comments:
Post a Comment