perkongsian dari ukht rufaidah mokhtar
ameerah k-perak/utp
Alhamdulillah masih dlm smgt yg berkobar-kobar hasil TITIAN’08 weekend lepas (6-8 june) di al-amin bangi (yg agak best tu…). Perancangan hendak ke titian dh bermula awal dh..cari geng nk ke sana dari Perak (waktu ni tak tahu kak azreen pun pergi jgk…huhu) tp in the end naik bas sorg2 jg ke kajang jam 9.00 pg dr medan gopeng. Kesian jk pengangkutan dan org bangi yg ana asyik contact tnye itu ini…
Setibanya di stesen kajang pada jam 12.10 tghr dgn selamat…kak MJ jemput dgn adiknya dan terus bawa ke al-amin bangi. Dalam kereta tu sempat la sembang mcm2 dgn kak MJ…agak best la jgk sekali-sekala sembang dgn org yg experienced ni. Mcm2 jgk kak MJ tanya pasal org2 kt perak ni…hehe. Turun di rumah kak MJ di desa al-amin tu and kak mj pun “inilah rumah kite…dekat je dgn al-amin..seblah tu tadika projek group usrah mak kite…sana tu rumah izzudin” sambil menunjuk ke arah rumah ameer kita ni.
Ana ikut kak MJ ke al-amin dan join mkn tghr dgn kak asmaa’ UM, kak hajar UKM, kak badariah UNISEL, kak ilaUKM…sampai2 je mmg derg tgh makan so join mkn setalam dgn ajk2 tu. Selesai makan mulalah sesi membantu ajk…(menyibuk tolong sambil2 menunggu kedatangan peserta akhawat yg lain…bosan la kalau nk duduk je)…tolong turunkan barang2 dr kereta kak as, keluarkan tikar2, kanvas dan segala mcm brg lg. kemudian ana ikut kak mj n kak hajar ‘ronda’ satu al-amin tu melekatkan papan tanda di pintu2 dan laluan2 utama. Kak mj berkali-kali minta maaf “sorry la ek awak terpaksa tolong pulak…mesti penat br je sampai tak smpt rehat lg dh kena tolong ktorg” … “hehe..takpe..tak penat pun…kalau tak lg bosan”… “kalau awak dh pregnant nnt mesti penat…hehe” (iye…kak mj dh pregnant =) due lepas raya nnt iA).
Lepas tu ana angkut beg bawak naik atas ke ‘bilik penginapan’ yg agak selesa…rehat2 sekejap pastu kak hajar kate akhawat dr johor dh nk sampai (kak asma’ k-perak, kak alia kuka, kak naz k-sar, kak sue). Senyum la ana menanti kak asma’ tiba…bila kak asma’ sampai pun seronok bukan main la ana…sampai kak asma’ tanye “kenapa rufaidah happy sgt nampak asma’ mcm bertahun je tak jmpe?”. Yelah kalau tak sorg2 je sebelum tu…akak2 lain pun asyik duk tanye “anti sorg je ke dr utp?”. Setelah kak asma’ rehat2…ana jd tour guide tunjuk kwsn sekitar al-amin tu pada kak asma’…seterusnya keluar dr pagar al-amin ke desa al-amin pulak…tunjuk rumah kak mj, tgk2 rumah lain (wow…mmg serious lawa rumah2 kt ctu dgn garden yg agak best), tunjuk rumah izzudin kt kak asma’ pulak. Then kami berjalan mencari kedai jual top-up and cari la kedai mkn sampai nk dekat stesen komuter ukm bangi tu…dpt la mengexplore kwsn tu sambil melepaskan rindu dgn kak asma’ ;) (time ni la jgk kak asma’ bg tahu adik dia pun dtg titian jgk…hehe…seronok sungguh kakak ana ni)
Setelah kak asma’ n the geng mkn2…kami turun ke bwh semula menolong apa yg patut…tolong mop lantai dewan mkn, tolong2 sapu lantai tmpt yg bakal digunakan sbg surau akhawat tu, tolong mop lantai lg…hinggalah ke ptg hari dan kemudiannya barulah sempat mendaftar…kakak2 lain pun makin ramai yg dtg dan hati pun dh makin berbunga melihat akhawat2 lain.
To cut the story short…amanah kami sepanjang 2 hari 2 malam titian ialah utk:
1. membuat hafazan surah al-fussilat ayat 30-33, surah at-taubah 48-52 dan hadith 19
2. mencari dan mendapatkan 10 kenalan baru beserta tandatangannya (ada gaya2 rasa mcm time MAS pulak… tp sgt bagus inisiatif ini)
3. memastikan zikir istighfar dilakukan sekurang-kurangnya 100x sehari
4. menghabiskan 2 juzuk bacaan al-quran
hopefully yg tak dpt join titian pun dpt buat jgk ;) dan adalah lebih baik kiranya kita masih istiqamah buat even after titian pun (peringatan utk diri sendiri) kerana tarbiyah dzatiyyah utk diri sendiri tu sgt2 la penting...kalau diri sendiri pun tak terjaga, mcm mana nk jaga org lain...mcm mana nk menjadi murabbi yg baik buat mutarabbi kita. TETAPI, tarbiyah dzatiyah yang tak begitu mantap bukanlah halangan dari melakukan kerja-kerja dakwah kerana dakwah itu wajib. Pembaikan diri perlu ditingkat dari masa ke semasa, tapi kalau hendak tunggu sampai sempurna; alamatnya sampai kiamat pun tak bernoktah (more here:
http://dhanysarip.blogspot.com/2008/05/kongsi-bahan-tarbiah-dzatiah.html)Day 1 Friday 6 June:
Kami pun makan malam setalam bersama (mmg indah sungguh bila makan setalam ni...ukhuwah makin bertaut...mengenali yg baru, mendalami yg lama...dan mcm biasa mcm2 cerita dikongsi bersama...sepanjang titian mmg ramai kakak2 baru yg ana dpt kenal hasil makan setalam) setelah selesai membersihkan diri dan solat maghrib. Kemudiannya solat isyak diikuti slot 1: Big Picture Tarbiyah yg disampaikan akh zubair. Ok...so apa la kepentingannya kita sibuk2 bercakap pasal big picture ni ye? Semua benda nk big picture...
Akh zubair memulakan dgn trailer movie ”Sang Murabbi” yg sgt best tu dan kemudiannya mula berbicara perihal tarbiyah dan apa persepsi serta permasalahan utama tarbiyah dlm karisma ni. Isu2 yg biasa kita dgr spt: isu pelapis, perjalanan aktiviti tarbawi, aktivisme + tarbiyah ’tak seimbang’, tarbiah + dakwah terpisah, usrah + tamrin yg tak berkesan n tak menyentuh jiwa, apa bentuk tarbiyah yg kita harapkan sebenarnya?? Then antara punca2 masalah: adakah disebabkan sistem tarbiyah kita sendiri? Implementasi/perlaksanaan? Tak faham + tak jelas peranan? Sengaja mencari alasan? Isu utama dalam tarbiyah karisma is about pembangunan nuqaba’ (tarbiyah dzatiyyah, usrah muntijah, pelapis etc) serta pengurusan tarbiyah itu sendiri (ajk tpsm tak tahu peranan sebenar? Ketidakjelasan + kekeliruan? Pemahaman mengenai wasail tarbiyyah + ruhnya). Dalam kita nk melahirkan ”Mahasiswa Du’at Soleh wa Musleh” elemen yg plg kritikal yg kita perlukan ialah; murabbi sendiri, modul yg tersusun dan amal fardhi (kerana ianya membawa kesan yg penting pd hati). So how do we go about achieving this? Through....:
1. bonding and attachment --> it’s all about ukhuwwah...sedangkan Rasulullah sendiri setibanya di Madinah menyatupadukan kaum Ansar + Muhajirin menunjukkan kepentingan bonding ni dlm gerak kerja kita. Cuba bayangkan la....kita di Malaysia kaum Ansar...and then datangla saudara2 kita dari Bangladesh la contohnya yg diibaratkan kaum Muhajirin. Lepas tu ketua kepada Bangladeshi ni pulak (ketua kpd kaum Muhajirin = Rasulullah) nk satu-padukan kita....suruh kita yg berharta lebih ni share dgn derg, yg ada 2 isteri bg satu pd mereka, yg ada rumah lebih bg...dan mereka dgn relanya berbuat demikian atas dasar ukhuwwah islamiyah itu sendiri. Kalau kita di zaman ini...sanggupkah?
2. transform by process --> berkenaan penerusan penerusan tarbiyah at all time...tarbiyah ni is an ongoing process..tiada hentinya tarbiyah ini melalui modul yg telah disusun.
3. strategic in involvement --> bila kita buat kerja berstrategi takkan timbullah isu tarbiyah + dakwah terpisah kan? Sbb tu la kita tak boleh main taram je. Di sinilah juga wujud KEPENTINGAN SYURA itu sendiri serta percaya dgn syura yg telah dibuat.
Akhi tersebut mengingatkan…kita di Malaysia ni masih kurang agresif lg dlm melakukakn dakwah….dlm proses implementasi tu kita perlukan iman yg mendalam (kt sinilah kepentingan tarbiyah dzatiyah + mutaba’ah amal td), penyusunan yg rapi serta gerak kerja yg berterusan. Dan sgt la byk lg yg telah disharekan bersama sehingga hampir jam 12 tgh mlm…
Setelah sedikit taklimat oleh pihak urusetia, kami pun terus merebahkan badan yg kepenatan (mmg sungguh2 tidur berbantalkan lengan berselimutkan kegelapan kali ni…). Sebelum tido smpt lg ana n kak asma’ membincangkan kekuatan n kelemahan usrah akhawat kt utp tu.
Day 2 Saturday 7 June:
Bangun seawal jam 4 pg utk persiapan qiamullail dan seterusnya subuh dan tazkirah subuh oleh akh Mujahid berkenaan ayat 30-33 surah al-Fussilat (ok…bukak quran check sendiri..penat nk tulis semua). Kemudian akhawat berta’aruf beramai-ramai (mmg ramai sungguh…tak dpt nk kenal semua) dan dibahagikan kepada 13 group kecil. Ana di bawah group kak nik aishah KnL bersama kak sarah (isteri akh aiman roslizar, pregnant 5 bln jgk rupanya), kak lina ex-ukm, kak zulfa, kak zarina, kak safura, kak ayu KnL, kak mas, kak husna. Seronok bersama mereka2 yg dh byk sgt pengalaman ni.
Selepas khidmat diri dan sarapan kami bergerak masuk ke dewan utk slot 2: Pengurusan Tarbiyah 1 – Kepentingan Tarbiyah + Wasilah2 Tarbiyah oleh Pakcik Yaakob Idris (YDP JIM Selangor + JK TPSM JIM Pusat). Apa itu tarbiyah ye? Amal yg dilaksanakan melalui penyusunan jemaah…how? Dgn menggunakan cara/wasilah/kaedah yg tak bertentangan dgn syara’…for what? Membentuk individu muslim. Nucleus da’wah itu sendiri ialah usrah tp tarbiyah bukanlah usrah semata! Ada bermcm-mcm wasail tarbiyyah antaranya; rehlah, katibah, mukhayam, nadwah (cth: titian), latihan/tadrib, ziarah, muktamar (cth: pkn) dsb. Jadi kita kenalah pelbagaikan wasail tarbiyah kita n jgn kecikkan skop kpd usrah semata-mata. In fact, ada keperluan utk kita lalui wasail tarbiyah yg pelbagai ni sbb each one ada effectnya yg tersendiri. Ada anak usrah yg tak suke join wasail2 tarbiyah yg lain ni…nk ikut usrah je (sama je masalah kt lokaliti lain dgn yg kita punya rupanya)…sebenarnya utk move on from one modul to the next pun kena pastikan dia dh lalui certain2 wasail tarbiyah spt yg telah disetkan dlm modul tsbt. Ok…perkataan usrah yg kita selalu guna ni actually ada 3 maksud dr segi lughahnya: perisai yang kukuh (menjadi benteng kpd anasir yg tidak sihat serta fitnah2 lain), keluarga (big family…hehe), serta jemaah yg diikiat oleh satu perkara yg sama (kebersamaan, togetherness, whatever u want to call it). Tp kenapa hassan al-banna gunakan perkataan ni instead of perkataan2 lain? Sbbnya dlm usrah tu sendiri...bonding sesama ahli should be like a real family di atas ikatan cinta kerana Allah swt...kt usrah la tmpt kita nk share semuanya, nk tnye pendapat dan lain2 lagi...it’s where we show our true colours...tak perlu sembunyi apa2 lg dh among our usrahmates. We should aim to make our usrah with our mutarabbi to be like that as well...bonding tu dh betul2 kuat sampai derg sendiri tak segan nk share masalah dgn kita, tak kekok nk bertanya pandangan kita and so on.
Kemudiannya byk la lg yg pakcik ceritakan between the many different wasail tarbiyah, apa bezanya between each one and apa yg dpt kita capai/laksanakan dalam setiap satu. Pjg sgt pulak kalau ana nk type semua kt cni.. Terigt ana…kak asma’ pernah cerita waktu KONTARN tu sgt la best time AKAD ada…kalau time lame sket org kt depan bercakap, yg mendengar pun dh ngantuk2 sket for sure AKAD akan jerit “ Takbir~!” disambut dgn “Allahuakbar!” oleh yg lainnya. Mmg terasa smgt waktu tu. Bila pengisian tu dh agak pjg n dh nmpk muke2 penat, kami berdua duk tunggu je…mana la ikhwah2 yg nk mengikut jejak langkah AKAD ni. Malangnya masih tiada lg among ikhwah kita nmpk gaya…kami igt nk buat, tp tak molek la akhawat pulak yg nk jerit camtu kan.
Selesai sesi kudapan, agenda TITIAN diteruskan dgn slot 3: Pengurusan Tarbiyah 2 – Pengurusan Halaqah Tarbawi oleh Pakcik Yaakob juga. Yang ni byk dh jgk kita cover dgn Abg Ammar time ADF 2 kan…tp antara point yg agak menarik is antara penyakit2 usrah (lambat, tiada persediaan, tak hadir, tak bersemangat) serta kerenah anak buah yg pelbagai. Byk sgt soalan yg ditanya kpd pakcik dan jwpn2 serta sharing dr pakcik pun sedikit sebyk membantu. Time nilah ana rasa sgt bertuah dpt pergi TITIAN sbb br la ana rasa bahawa we’re not alone on this path…masalah kt lokaliti lain sama jgk dgn masalah kt lokaliti kita. Mmg sgt2 sama…so bila dh pergi, dh jmpe akhawat lain..boleh la sama2 bincangkan apa jln penyelesaian yg terbaik. Dan ada satu perasaan yg ana tak tahu nk describe mcm mana…rasa kebersamaan tu…rasa yg kita tak buat kerja ni sorg2…rasa kita sentiasa ada sahabat walau kt mana pun kt Malaysia ni yg boleh tolong kita.
Selepas makan tengahari dan solat zohor agenda diteruskan dgn slot 4: Forum – Ke Arah Merealisasikan Usrah Muntijah. Ana mmg suka sgt2 slot forum ni…sot paling best ana rasa sepanjang titian tu. Mmg seronok bila dpt dgr pengalaman dan buah idea dr mereka2 yg telah lama bergiat di atas jalan ini. Moderator forum ialah Kak Raudhah UKM yg sgt sempoi n sgt la pandai membawa forum tu dgn barisan panelis yg cukup hebat: Akh Raswan, Akh Dhany n Kak Anfaal. Ana tak tahu la mcm mana nk share apa yg ana dpt dr slot ni dgn antum. Rasa nk photostat je apa yg ana salin dlm buku tu...mmg menulis tak berhenti sbb sgt byk point2 best. Ana just sharekan sket2 from the 7-page notes i manage to jot down from this slot (tulisan ana besar2...hehe):
· it is actually easier to handle non-human rather than human themselves for the simple reason that kita sebagai manusia ni mempunyai ciri2 yg pelbagai serta latar belakang yg penuh variasi...mana boleh kita nk aplikasikan the same method utk memenangi hati mad’u tu dgn semua jenis org. Da’wah itu seni...kita kena tahu bila masa yg sesuai, tmpt yg sesuai, cara yg sesuai...tak boleh main redah je. Sebab itulah it’s not easy to produce an usrah that is muntijah (produktif/successful). Byk ilmu yg kita perlu ada dlm proses nk membina usrah muntijah ni…bukan sekadar tahu ilmu agama je, it’s not enough.
· Bagaimana pula kita nk salurkan potensi mutarabbi kita? Point utama yg ana kutip dr sini ialah kita tak boleh terlalu ghairah dlm memberi sebarang amanah/tanggungjawab kpd anak usrah supaya kita tak menzaliminya. Kenal pasti dulu potensi anak usrah kita tu sebelum bg die tanggungjawab tu…jgn la nmpk die ni ada potensi terus nk bg die tanggungjawab berat2.
· Murabbi sepatutnya menjadi org yg plg tahu akan mutarabbinya à jika berlaku sesuatu kpd mutarabbi tsbt (gugur dr jln da’wah etc) maka kita sebagai murabbilah org yg bertanggungjawab utk menjawab di hadapan Allah kelak! Bukan soal main2…
· Kena banyakkan personal ziarah utk betul2 dalami hati anak usrah tu à ziarah mempunyai kuasa besar utk ‘mencairkan’ hati anak usrah.
· Kita boleh wujudkan slot spt ‘Kenali Diri’ dlm usrah utk ahli menceritakan serba sedikit pasal apa yg derg suka, minat etc supaya kita dpt tahu potensi yg ada pd mereka.
· Kenapa pokok yg ditanam tidak berbuah? Kenapa usrah kita tak muntijah? Mungkin anak usrah kita yg tak menjadi tu adalah kerana dosa kita sendiri, mungkin kita berasa riak dalam membawa usrah à kena bykkan istighfar dan muhasabah diri, bersihkan hati kita supaya apa yg kita sampaikan dpt terus menusuk masuk ke hati2 mereka.
· The informal time spent together is what makes the usrah muntijah...not the ’formal’ usrah time!! Jadi lepas ni kita kena bykkan lagi aktiviti2 luar dgn ahli usrah kita…jgn sekadar bertemu dlm usrah setiap minggu yg tak sampai 3 jam tu pun. It’s not enough kerana dalam membentuk mutarabbi yg muntijah tautan hati itu yg lebih utama~. (reminder utk diri sendiri)
· Kalau usrah kita tak muntijah, jgn tgk tempat lain, jgn tgk ahli usrah tetapi lihatlah DIRI KITA SENDIRI!!!
· And what’s important for us engineers here…apply Newton’s 3rd law dlm tarbiyah kita. Put your foot in the mutarabbi’s shoes.
· Lg satu…jom jaulah~ sebab jaulah boleh eratkan lg hubungan dgn mutarabbi…dpt share stories, kongsi ilmu, kenal dgn mutarabbi. Even jaulah sesame kita penggerak pun dpt membuahkan hasil yg sgt byk…kita sangka byk yg kita dh tahu among kita yg agak dh lama kenal ni, tp percayalah…kalau dh travel bersama tu…lebih byk yg kita dpt korek nnt =)
Memang byk mutiara2 ilmu yg ana dpt kutip dr sesi forum tu…kena bykkan lg forum ni dlm program2 akan datang sbb mmg sgt best especially bila dgr cerita kak anfal, pengalaman die…mmg sgt2 berguna la bg akhawat especially. Biasalah akhawat punya aktivisme semasa masih belajar dan single nk compare to lepas dh kahwin dan ada anak pulak tu sgt2 la berbeza. Ada extra baggage bak kate kak anfaal. Dan itulah cabaran plg besar bg akhawat nnt…huhu. Seterusnya kami stop utk solat asar dan kemudian riadhah dlm renyai2 hujan.
Akhawat seramai 130 org (anggaran ana je sbb satu group ada min 10 org x 13 group tp mungkin ada lebih ramai lg) bergerak beramai-ramai ke padang al-amin utk riadhah is certainly a wonderful sight. Kami mulakan dgn warm-up dulu sebelum interrupted by ikhwah yg br selesai solat n nk tukar pakaian riadhah kot. Memandangkan blok penginapan ikhwah tu mengadap padang, kami stop dan buat aktiviti2 yg lebih sopan dulu…aktiviti apa lg kalau bukan 3S =) setelah ber3S dan berjaya ‘mengusir’ ikhwah yg tiba2 nk beriadhah kt padang tu jgk…kami mula berChicky Dance beramai-ramai… :D. setelah itu ada Ballroom Dance dan permainan Pohon Hijau. Mmg hebat rupanya akhawat dgn ballroom dance ni…siap ada twirlnya lg “we walk to the right…and we walk to the left…and we walk and walk and walk and turn around”. Sebelum selesai sesi riadhah kak asma' sempat nk test teori awal kami td "Takbir~!" ....dan hanya beberapa org akhawat je yg sahut "AllahuAkbar"...ok kena budayakan lagi selepas ni. Setelah seronok beriadhah masing2 berebut toilet utk mandi and bersiap2 utk makan malam dan solat maghrib diikuti tazkirah maghrib on surah al-baqarah ayat 243-251.
Selepas solat isyak slot 5: Dakwah & Tarbiah: Cinta, Tanggungjawab dan Perjuangan disampaikan oleh Ust Aqib anak Ustazah Arfah. This is actually a muhasabah slot. Ust Aqib mulakan dgn pertanyaan kerana apa kita lakukan dakwah ini? Adakah kerana cinta? Tanggungjawab? Perjuangan? Sepatutnya kita buat kerana ketiga-tiganya sekali. Byk la ayat2 best dia yg ditanyakan dgn tujuan mengetuk balik hati2 para murabbi ni…biar sedar tujuan utama kita buat dakwah n tarbiah ni. Kemudian dia pasangkan nasyid Qatrunnada – Apakah Benar Engkau Pejuang. Lagu dia bg ana tak berapa best sgt…tp lirik dia mmg sgt2 terkena di hati dan sgt pedas. Kemudian lampu dipadamkan dan sesi muhasabah pun bermula. Personally ana rasa slot ini mmg sgt bagus cuma tak kena pada masanya je. Bila masing2 dh penat dan mengantuk, lampu dipadamkan…maka mulalah mata terasa berat...huhu. mungkin tak efektif sgt la utk dibuat waktu tu. Tapi sgt la terasa dgn ayat2 pedas yg dilontarkan time tu…tersedar kembali…rasa malu dgn diri sendiri…entahkan layak atau tidak ana ni menjadi seorang murabbi sebenarnya.
Usai slot 5 dan sedikit briefing oleh urusetia terus gerak utk tidur…kebetulan hujan turun renyai2 dan awal pg tu hujan turut agak lebat maka tidur lenalah kami mlm tu dgn kepenatan seharian berprogram.
Day 3 Sunday 8 June:
Esok harinya seperti biasa sesi qiamullail dlm hujan yg lebat dan kemudiannya solat subuh dan tazkirah. Bergerak ke bangunan sekolah menengah dlm hujan lebat utk mandi dan mula mengemas bilik penginapan tersebut. Terasa mcm zaman sekolah rendah semula nk susun meja kerusi dalam kelas seperti asalnya. “eh…susun dua-dua atau 3 ek meja ni?” “mcm ni tak boleh la…nnt tak cukup utk aulad n banat…aulad n banat kena duduk separate” “jom kita tgk list nama ni dulu kira ada berapa org aulad n banat kt kelas ni”.
Selepas sarapan terakhir bersama, slot 6: Usrah Muntijah disampaikan oleh abg Ammar. This is the theoretical part to the practical part presented in the forum the previous day. Dan mcm biasalah…penyampaian abg Ammar mmg menarik. Apa itu Halaqah/Usrah Muntijah? Usrah/halaqah yg melalui proses pembelajaran/tarbiyah secara dinamik hingga terhasil produktiviti dalam mewujudkan tujuan usrah/halaqah. Dalam erti kata lain;
Usrah muntijah = Dinamik (Proses) + Produktif (Tujuan)
Huhu…time ni mulalah abg Ammar mencari org2 utk diattack…mula2 kak Jas KUKA disoal dahulu…kemudian abg ammar cari akhawat UTP pulak dh…kak asma’ dh tunduk semacam time tu. “Ok…zahrah UTP ada? Apa erti proses yg dinamik ni?” …mula2 igt nk diam je…pastu ana kate la “kak zahrah tak dtg…”. Then boleh la pulak ”Along UTP ada?”...rasa mcm tak nk mengaku jek :P ...bukan ada org lain kenal pun sape Along UTP kan (sampai lepas tu ada sorg akak ni kate, ”akak pelik la jgk sape pulak along utp...rasanya akhawat utp rufaidah dgn asma’ je...awak rupanya” :D)...tp Kak Tim UIAG kt seblah time tu dh cuit2 dh...maka terpaksalah menjawab soalan tersebut. Pastu turn ikhwah UTP la pulak disoal...
So...apa itu usrah yg dinamik prosesnya? Yg ada variasi tempat usrah, masa usrah, cara usrah dibawa...kalau mcm akhawat adaMEP ke (mad’u exchange program) atau MCP ke (mad’u combine program = nama glamour utk usrah gabungan)...tukar naqibah usrah atau ajak akhawat lain jd ’speaker jemputan’ ke...supaya usrah tu tak boring n jd rutin la kan. So let’s be creative in our da’wah~! Dan yang paling penting...kesan usrah tu dirasai oleh not just the mutarabbi but the murabbi lebih2 lg.
Agak sekejap la slot ni sbb kekangan masa…seterusnya selepas minum pagi ada slot 7: MNKD oleh JK TPSM KnL kita, akh Dhany. Ni penerangan benda2 operational la…apa itu MNKD, mcm mana nk isi borang mnkd and so on. Dan ikhwah kperak seperti biasa byk pulak soalan2 yg ditanyakan sampai Kak Tim UIAG sebelah ana tu ”org2 perak je yg buat kerja....korg je yg tanya soalan”...”huhu..takde la kak tim...org perak ni byk yg blur kot ;)” ...tapi apa2pun byk menjelaskan segala kekusutan dan kekeliruan (if there’s any) dalam sesi ni. Psst...time MNKD ikhwah n akhawat kena asing ye. Point 3 dlm slide akh dhany tu...ana igt sampai skrg =) sbb time keluar benda tu serentak ana n kak asma’ saling berpandangan. Tapi kiranya agak ok la k-perak ni sbb mnkd kita berjalan...cuma whether it is effective and mencapai objektif atau tak tu soal lain la.
Then ada Sharing MNKD dari akhawat lokaliti lain. Kak Manihah present MNKD KDG (Karisma Daerah Gombak)...menurut maklumat yg diterima, naqibaat dan co-naqibaat je dh 30 something dari UIAG tu...nama yg dlm database yg ikut usrah ada la 170+. Tu baru akhawat...belum campur ikhwah lg. Terasa keciknya kita di UTP...memangla population derg lg ramai kt UIA tu tp memikirkan kt sana lg byk wadah islam...so to have that many under karisma is something, masyaAllah. Tp apa2pun kita tak lihat pada kuantiti semata kan. Lg satu yg agak interesting la menurut kate Kak Tim ikhwah derg buat MNKD campur semua dgn wadah2 lain ek? Ikhwah boleh testify? Tp bagus la jgk klu dh boleh duduk sekali mcm tu.
Kemudian Kak Khairul present pasal MNKD K-PP...setakat ni yg agak berjalan K-USM la. Dan mmg derg akan bg satu folder complete dgn segala borang utk diisi...tp, huhu, biasalah...fobia sket kot nk isi benda borang2 ni. Nnt akhawat K-UTP kita ajar the easy way utk isi ye kak asma’? Seterusnya kak Nazihah dari KDHL (karisma daerah hulu langat) ke depan siap dgn mind mapping lg. MNKD akhawat di sana lebih kurg kita 3x satu sem (awal, tgh dan hujung sem)...cumanya derg ada minor dan major mnkd. Minor mnkd utk bincang hal2 berbangkit sebelum major mnkd awal sem dan selepas major mnkd hujung sem dan juga hal2 kecil lain. Ana agak kagum melihat keterlibatan JIM DHL dalam MNKD derg, bukan setakat JIM IPT DHL, tetapi TPSM JIM DHL dan juga wakil JIM DHL sendiri akan cuba menghadirkan diri.
After that, kak Asma’ Aziz present MNKD KUKA (karisma uia kuatan akhawat)...ni lagi satu contoh lokaliti yg sgt ramai naqibaat dan co-naqibaatnya...tgk je la berapa ramai wakil derg hntr ke TITIAN kali ni. Di UIA Kuantan, MNKD derg siap boleh buat ikut level lg utk lebih memudahkan perbincangangan. Dan something yg masih dlm perancangan derg tapi belum dpt dilaksanakan ialah ketua naqibah dari setiap level tu akan turut serta dalam usrah yg dikendalikan utk menilai/memantau perjalan usrah naqibah tersebut...huhu...agak scary, mcm cikgu2 kt skolah or lecturers skrg.
After that ada sesi dalam group..lebih kurang LDK la membincangkan hasil2 TITIAN kali ni. Ana bersama group ana kembali dibimbing kak nik aishah. Mula2 kak aishah tanya la apa yg paling best dari TITIAN kali ni? Kemudian terus kepada perbincangan beberapa soalan spt: ada beza tak usrah sebelum FIDAK 2015 dilancarkan dan selepas? Ada antara anak usrah yg tak suka pergi prog2 tarbawi lain selain usrah...kenapa? apa yg boleh kita buat? Apa masalah2 usrah kt lokaliti kita? Dan byk lg la soalan lain hinggalah ke soalan terakhir...sapa kt sini yg rasa usrah dia dh muntijah? Huhu...takde siapa angkat tgn...sgt la banyak lg yg perlu diperbaiki kan.
Selesai slot LDK:kak zulfa (nmpk tudung je), kak lina (tgh tunduk sign autograph),along, puan mj, kak husna, kak aishah
Slot 8: Sesi Pemurnian, Resolusi TITIAN, Majlis Penutup ni ana tak dpt dgr full pun....smpt dgr sikit je dr resolusi yg disampaikah akh Amirul. Antaranya, selepas ni setiap peserta TITIAN mesti bawak usrah. Yang lain mungkin ikhwah or kak asma’ boleh kongsikan selepas ni. Selepas tu dh bergegas siapkan barang dan turun bawah semula...smpt salam dgn kakak2 yg ada kt tepi2 tu je sebelum bertemu kak khadijah RA kt dewan makan bersama kak kausar uitm segamat dan kak azreen. Bertolak meninggalkan al-amin (dan akhawat yg disayangi) jam 1.30 bersama ikhwah yg baik hati menghantar kami bertiga straight ke pudu....alhamdulillah, takyah bersesak naik komuter. Sepanjang perjalanan agak byk la yg disembangkan bersama kak kausar uitm segamat...almaklumlah dah lama tak ketemu sejak masing2 balik dr UK (kak kausar kt uk dgn ana jgk dulu). Selamat tiba di pudu...solat zohor...beli mknn sket dan hantar kak kausar ke platform 6 menanti bas pulang ke segamat jam 3.30 ptg sebelum kak azreen teman ana pergi cari tiket baru sbb tiket yg dibelikan utk ana jam 6 ptg whereas kak azreen punya jam 4 ptg. Tak sanggup menanti kt pudu tu lama2....alhamdulillah dpt la tiket jam 4 ptg walaupun bukan sama bas dgn kak azreen.
Sepanjang perlananan pulang masih terngiang-ngiang bait2 lagu tema TITIAN kali ni Shoutul Harakah – Tekad. Tak suka sgt lagu ni mula2 tp dh kena nyanyi tiap2 hari lama2 suka jgk dan dpt la menjiwai lirik2 die yg sgt best dan memberi smgt tu...rasa mcm meremang bulu roma bila dinyanyikan.
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yg akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini darah ini sepenuh redha di hati....
Sesungguhnya TITIAN kali ni mmg memberi kesan yg agak mendalam...especially bab ukhuwah bersama kakak2...dpt kenal makin ramai la kakak2 ex-smih since semuanya geng2 kak asma’ jgk...makin rapat dgn kakak2 k-penang...berkongsi cerita yg sgt best yg rasa mcm nk nangis terharu bersama kakak2 k-sarawak dan sgt2 ramai lg.
Buat mereka yg rindu utk membantu agama Allah...
Buat para penyelamat ummah yg kebingungan di persimpangan jln...
Buat para pewaris generasi perjuangan yg pernah mengukir sejarah...
Buat para pemuda pencari sinar kehidupan...
Buat Muslim yg yakin ketuanan dunia & kebahagiaan abadi...
Buat mereka yg menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah...
Buat pemuda yg dahaga lahirnya kegemilangan baru...
Marilah kita terjun ke medan amal...
Berusaha menjadi murabbi yg tegar, biar kelak lahir mutarabbi menyinar~
Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan ini dalam proses takwinul rijal yg kadang2 kita terlepas pandang dek kerana terlalu sibuk berprogram.
Maaf terlampau panjang la pulak sharing kali ni...
Moga bermanfaat.
Rufaidah Mokhtar
No comments:
Post a Comment