Friday, July 4, 2008

GEMPUR 2008!

'GERAKAN MENYANTUNI PELAJAR BARU UNIVERSITI'

Objektif GEMPUR adalah memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar lepasan Kolej Matrikulasi KPM sesi 2007-2008 yang telah mengikuti program-program anjuran Unit Pra-Universiti JIM IPT Pusat (PEMANGKIN 2007, PERKASA MATRIX 2008) dan mengikuti usrah kendalian ahli-ahli JIM di Kolej Matrikulasi KPM berjaya diserapkan ke dalam sistem usrah Karisma di IPTA menjelang Ogos 2008.
Untuk menjayakan objektif tersebut, Empat (4) Fasa GEMPUR 2008 telah dikenal pasti untuk dilaksanakan:
Fasa 1 - Menghubungi para pelajar baru di IPTATarikh perlaksanaan: 30 Jun 2008 (Isnin) - 6 Julai 2008 (Ahad)
Fasa 2 - Melaksanakan ziarah pelajar baru sekurang-kurangnya sekaliTarikh perlaksanaan: 7 Julai 2008 (Isnin) - 13 Julai 2008 (Ahad)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)
Fasa 3 - Memastikan kehadiran pelajar baru ke program sambutan pelajar baru yang dianjurkan oleh pihak JIM/KarismaTarikh perlaksanaan: 14 Julai 2008 (Isnin) - 27 Julai 2008 (Ahad)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)
Fasa 4 - Melibatkan pelajar baru dalam sistem usrah KarismaTarikh perlaksanaan: Bermula 28 Julai 2008 (Isnin)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)

Mudah-mudahan perencanaan follow up yang terancang dan teliti melalui GEMPUR 2008 ini akan sekurang-kurangnya mengurangkan masalah keciciran para pelajar yang pernah mengikuti sistem usrah JIM di tempat-tempat pengajian sebelum mereka berada di IPTA yang terkini. Komitmen dan kerjasama semua pihak yang berkenaan juga amat diperlukan dalam menjayakan GEMPUR 2008 ini.
kepada aktivis-aktivis karisma...semoga kepulangan kita ke bumi kenyalang ini membawa azam baru dan seterusnya meledakkan lagi usaha dakwah kita..."semoga tabah hati tak berbelah bagi".Allah tidak melihat kepada hasil tetapi yang lebih penting adalah usaha kita....
TPSM
K-srwk

No comments: