....dipetik dari http://karisma.jim.org.my/blog/
Dikutip dari bicara bersama Ustaz Hisham dari Matrikulasi Melaka pada 20 Julai 2008.
Usrah itu perlu ada 3 ciri utama yang saling menyokong didalamnya.
Ianya adalah Taaruf iaitu Perkenalan - Kenal Mengenali antara ahli di dalam usrah yang perlu dipupuk lebih awal. Perkenalan ini penting untuk menyalur kasih sayang dan mahabbah persaudaraan Islami di antara yang hadir dalam aktiviti usrah. Ini perlu difahami dari sudut firman Allah dalam surah Al Hujurat ayat 10 dan surah Ali Imran ayat 103. Keduanya membawa aspek persaudaraan yang pastinya bermula dari perkenalan atas dasar iman kepada Allah semata. Disuruh juga dalam surah Ali Imran agar tidak berpecah-belah buruk sangka.
Keduanya adalah Tafahum yang membawa makna Memahami - Faham Memahami bahawa hidup ini diatas keizinan yang diberi Allah dan akan ada kesilapan dalam perbuatan manusia. Maka di kala itu, diantara sahabat perlulah menasihati sahabatnya yang berlaku silap tadi teguran yang membantu dan membina syakhsiyyah baik. Dan tidak pula menghina. Adapun begitu juga dengan sahabat yang menerima teguran dan nasihat tadi, mestilah berlapang dada dan memahami bahawa agama Islam ini sentiasa mahukan umatnya saling menasihati untuk kebaikan bersama.
Yang terakhir juga poin Ketiga adalah - Takaful iaitu Bantu Membantu sahabat lain yang mempunyai kesulitan dan masalah. Ini adalah berdasar dan bertepatan dengan suruhan Allah dalam surah Al Maidah ayat 2 yang dirakamkan sebegini:
Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam urusan dosa, keji dan permusuhan.
Demikian sedikit dari penyampaian Ustaz Hisham di Bukit Beruang, dihadapan pelajar baru yang dijemput hadir bersama untuk menyertai usaha murni ini.
Alhamdulillah, usaha ini sedang memupuk jiwa dan hati agar bersatu dalam membina.
No comments:
Post a Comment