Assalamualaikum wbt...
Dalam mamai2, ngantuk nak tidur, terkesima ana dengar pelawaan untuk ke Bintulu, membantu mengembangkan sayap KBM di Bintulu.
Dengan siapa? dengan Bai...
2 orang je? yer...
Org sana pernah tak ikut KBM? ada yang pernah tapi KBM aktivis la...
Sejak dari terima pelawaan sampai nak naik flight ana terfikir boleh ke ni??? ntah lar...
Jzkk kpd JKPRB atas kepercayaan untuk ana ke bintulu, rasa macam tak mampu sebab portfolio ana sepanjang kendalikan KBM adalah kerja kat laptop je, bab pengendalian dari segi bercakap di depan, buat mood setting, in-charge MAM mmg hanya sekadar bila perlu dan bila dah takder pengendali (biasala kat Johor ramai je yang boleh buat kerja2 ni). Sejujurnya ana tak la buat persediaan sangat untuk kendalikan KBM di bintulu, dalam kepala ni, "takperlah Bai mesti dah prepare, aku ikut je la apa yang dia nak buat nnt", he,he,he, ampun Bai...
Khamis (24/7)
Setibanya di airport bintulu disambut dengan Kak Azah dan Mck Haziah, terus pergi makan di restoran refah, makan laksa sarawak dan bermalam di rumah Mck Haziah dan Pck Yacob. Malam tersebut kami adakan mesyuarat dan hanya Bai yang buat taklimat prgm, ana hanya beri penerangan sedikit pd akhawat tentang slot2 yang mereka agak keliru, almaklum KBM pelajar dan KBM aktivis ada beberapa perbezaan. Malam tu ana dan Bai terpaksa set mind yang masa di sana cepat dari semenanjung, lebih kurang sejam awal dari semenanjung, hu,hu,hu...
Jumaat (25/7)
Pagi tu ana bangun awal, lepas solat subuh terasa nak pergi berjalan kat tepi pantai,he,he,he....kebetulan rumah Pck Yacob ni memang tepi laut...subhanallah, memang indah betul pemandangan pagi tu...nampak je ikan melompat-lompat kat laut tu, nasib baik ana tak lompat sekali,he,he,he... jam 6.30 pagi tu dah terang dah kat sana...macam kul 7 lebih la kot...Lepas bersiap dan sarapan, Kak Azah jemput kami untuk keluar jalan-jalan, pusing-pusing bandar bintulu, kami ikut je la...jzkk Kak Azah, sangat-sangat seronok berkenalan dan bersama dengan Kak Azah, memang ana tak jere nak dtg sana lagi. Malam tu kami dihidangkan dengan udang galah yang fresh, makan seekor pun terasa kenyang, sampai ada orang yang alergik, he,he,he...sian...dah la tak ada suara, alergik pulak...
Malam tu kami meeting seawal jam 7 lebih...kali ni lebih detail dan pembahagian peranan, slot pun diberi. Kami screen test suara, ber'demi matahari', ber'chicky dance' dsb. Seronok, semuanya semangat!!! Teringat si kecil umar (anak akh faiz n ukhti zahirah) ternganga tengok pck2, mck2, kakak2, abg2 buat chicky dance, he,he,he...
Cabaran bagi ana adalah nak memberi gambaran pada mereka tentang satu2 slot sebab sama ada mereka ni tak pernah ikut KBM langsung atau mereka bayangkan aktivitinya sama macam KBM aktivis. Lagi satu, terasa segan juga nak berdepan dengan orang2 yang lebih senior dari diri sendiri yang muda lagi nak mengajar mereka, hu,hu,hu...ampun, maaf dipinta andai ada kata-kata, teguran atau apa saja tingkah laku yang kurang senang di mata ikhwah, akhawat di bintulu tempoh hari.
Sabtu (26/7)
Pagi yang sejuk di SMK Baru...memang nyaman betul sebab kedudukan sekolah di atas bukit. Pada awalnya dimaklumkan jumlah pelajar dalam 70 lebih tetapi ditakdirkan hanya 53 orang saja yang dipilih Allah untuk menjadi peserta pioneer KBM di bumi kenyalang dengan hanya 26 adik sayang dan 27 adik kasih. KMKY dikendalikan oleh Bai, alhamdulillah semua berjalan lancar cuma masa je yang terasa macam lambat sangat...Ana masih ingat lagi nama-nama kumpulan mereka, adik2 sayang (Sajak Buleh, Muslimeen United, Kami Brother Musleh [KBM], Kembara Remaja, Iman Inside) dan adik2 kasih (Vaie Muslimah, Kasih Suci, Syuhada, Setiakawan). Bagi mengisi masa yang lambat sangat berlalu sempat juga Bai adakan aktiviti karangan klasik dan buat sesi sharing tentang slot KMKY dengan adik2 peserta.
Slot inteam petang tu pun alhamdulillah, atas bantuan fasilitator semuanya berjalan lancar. Dapat ana rasa yang adik2 ni memang sangat2 terkesan dengan slot inteam tak kira adik kasih mahupun sayang. Fasilitator memang banyak main peranan, even sewaktu meeting pun banyak kali ana ditanya, "nak cakap apa dengan budak2 tu bila slot inteam ye?", "habis kalau budak-budak tu nangis nak buat apa ye?", tahniah atas kesungguhan antum!!!
Riadhah petang kami serah kepada fasilitator, ana pun tak tau apa yang mereka buat sbb ana balik ke rumah Pck Yacob, nak bersiap untuk prgm mlm plak. Slot MAM ni mmg ana tak pernah pun fully in-charge sblm ni tapi malam tu terpaksa la. Lepas maghrib ana buat taklimat dan pembahagian tugas diberi. Memang susah juga nak jelaskan gambaran perjalanan MAM tu sbb masing-masing ingat sama macam KBM aktivis, hu,hu,hu... Bila di beritahu tentang cara menjirus air kapur barus iaitu disebelah2 peserta sahaja dan jgn renjis dekat muka atau badan mereka tiba-tiba mereka kata, "eh, hari tu ayah enti renjis je atas kepala kami!", ha,ha,ha, ye ke??? ana tak tahulah...ada juga yang suggest hempas je meja kat lantai untuk buat bunyi sebatan tu, aduh, nak ketawa juga ana tapi dibetulkan la apa yang keliru tu, memang macam2 karenah ada, biasalah first time...ana cuma pesan pada diri, tak apa...asalkan yang asas tu ada, buat yang termampu. Dek kerana risaukan persediaan untuk MAM sampai ana berhajat untuk taknak jaga laptop malam tu tapi akhirnya ana jaga jugak sebab bila ditinggalkan mereka boleh buat ikut tugasan masing-masing, alhamdulillah.
Slot MAM1 alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma lakonan perlu ditingkatkan, tak apa, practice makes perfect. Masuk ke MAM2, pun alhamdulillah semua orang mainkan peranan dengan baik cuma mungkin style pukulan kena diberi tunjuk ajar sikit. Skrip malam tu pun ana partner dengan kak tini (kalau nak tahu, ni kali KEDUA ana baca skrip malam tau!!! yg first time dulu pun ntah bila ntah). Untuk pembaca skrip...tambahkan feel baru umph!!! MAM berakhir dengan bersalaman bersama peserta...
Ahad (27/7)
Pagi tu ana sarapan di Restoran Refah bersama Mck Haziah dan Pck Yacob. Setiba di sekolah sempat juga berbual dengan adik2 kasih. Di hati ana terasa kesian sangat bila adik2 ni bercerita tentang betapa mereka sangat-sangat insaf dengan slot MAM...yang mana nak tutup aurat sungguh2 lepas ni, taknak warnakan rambut lagi, nak pakai baju lengan panjang dsb, alhamdulillah...
Pagi tu slot Kini&Hijrah sempat juga Bai kendalikan tapi separuh jalan sebab slot bersama ibu bapa Bai juga yang kendalikan, lagi separuh jalan ana kendalikan, aduh, bila agaknya kali terakhir aku bawak slot ni ye??? Rasa macam hilang sebelah tangan sbb laptop dijaga oleh first-timer ni...tak tahu la Bai cemana bila bersama ibu bapa. Ana buat sesi sharing untuk Kini&Hijrah dan kemudian coretan komen seterusnya 'Lafaz yang Tersimpan'. Bagi ana bila seseorg dah conquer jadi pengendali memang agak susah peserta nak terima pengendali lain so takut juga ana tak mampu nak kendalikan tapi alhamdulillah...lega juga bila adik2 ni boleh beri kerjasama. Part paling susah tu bila nak set mood je, memang ana lemah betul nak buat benda ni, rasanya last ana buat waktu di Perak, itupun sama la macam ni...org Perak tak mampu nak kendalikan 100% so terpaksa ana kendalikan juga. Alhamdulillah sekali lagi terima kasih atas bantuan fasi2, banyak memudahkan pengendalian program. Adik2 peserta pun memang cukup mudah tersentuh bila bercakap tentang ibu ayah so tak la susah untuk ana set mood mereka, ada yang sampai tak tercatat apa2 pada kad mereka sebab sedih sangat, menangis teresak-esak.
Slot MKMS pun cukup menyentuh hati, bukan apa...fasilitator pun turut menangis, bukan hanya sekadar memujuk adik2 peserta tapi memujuk sesama sendiri sebab sedih sangat tengok adik2 yang bersama ibu bapa + adik2 yang ibu bapa tak hadir.
Majlis penutup dibuat dalam keadaan formal siap ada lagu negaraku, lagu sekolah lagi...hu,hu,hu...Part yang paling best bila pengetua bagi respon yang tersangatlah baik!!! siap minta semua cikgu jadi ahli JIM, galakkan anak2 murid ikut aktiviti JIM, memang seronok betul ana dengar.
Pengetuanya memang cukup sporting, ada beberapa kali datang menjenguk anak2 murid ketika sedang berprgm termasuklah prgm malam dengan hanya shirt, seluar dan tudung. Bila tamat majlis penutup kami kembalikan mood peserta dalam KBM semula dengan dendangan musik chicky dance, habis satu dewan berchicky dance termasuklah pengetua!!! mak, ayah yang ada hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat anak2 bersama fasilitator. Kemudian gemuruh dan satu tekad...memang habis semua peserta, fasi, cikgu dan pengetua menyanyi bersama.
Pada ana sambutan memang sangat baik terutama dari pengetua yang memang menggalakkan penglibatan cikgu, staf dan pelajar dalam JIM. Nampaknya JIM Bintulu dah boleh mengorak langkah menambahkan ahli seterusnya meneruskan kerja-kerja pengislahan di sana . Sejujurnya sepertimana yang ana sms pada ayah ana dan beberapa ajk KRJ lain, ana tak menjangkakan impak yang sebegini, dalam kepala hanya ingat nak buat TOT dan buat yang basic KBM saja tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk ana menjadi sebahagian dari perintis pembuka jalan dakwah di bintulu, amin....
Gambar-gambar KBM@Bintulu boleh dilihat di http://jimbintulu.blogspot.com/
Jzkk dan tahniah buat JIM Bintulu atas KBM pioneer untuk pelajar di SMK Baru, Bintulu, Sarawak . Buat Mck Haziah dan Pck Yacob yang menumpangkan kami di rumah mereka, terhibur dengan gelagat si fufu n durra (^_^). Seterusnya kepada akh Faiz dan isteri, Kak Zahirah, teruskan usaha di Bintulu, insyaAllah antum mampu. Buat akhwat, Kak Azah, Kak Salwa, Kak Zati selaku camerawoman (memang very passionate with her work), Kak Tini, Kak Zimah, Syahida, Ida, Asiah dan buat ikhwah, Pck Rahim, Pck Taip, Pck Roslan, Akh Fendi, Akh Amar selaku cameraman (profesional sungguh!!!), Akh Hazrul, Fikri, student2 UPMKB, Syahmi, Lan dll yang tak tersebut namanya disini, jazakallahu khairan kathira!!!
Tak lupa jzkk sekali lagi buat JKPRB atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, ana rasa belum layak lagi untuk semua ini. Jzkk juga pada Bai atas tunjuk ajar sama ada secara langsung atau tidak, ana pun tak ingat bila kali terakhir berKBM dengan anta termasuklah dgn Kak Fidah dan ayah ana sendiri. Betul la mungkin kita rasa kita tak pandai berenang tapi bila ditolak ke dalam sungai yang penuh dengan buaya kita akan cuba malah memaksa diri untuk berenang juga hingga ke seberang...InsyaAllah ini satu proses tarbiyah buat diri ana...amin...
--
Insyirah Mokri
USIM, Bachelor Degree in Muamalat Administration
*********************
moga KBM Versi Bumi Kenyalang terus berkembang mekar di seluruh pelusuk daerah insyaAllah..
p/s: bila lagi versi kat kuching ek? :)
kak juea
No comments:
Post a Comment