Thursday, July 24, 2008

.::sharing::. Perjumpaan Amal islami...sarawak mari

Assalamualaikum. .
....alhamdulillah baru sebentar tadi ana dan kak dewi menghadiri perjumpaan amal islami yang bertempat di YADIM...satu perjumpaan dan perkongsian yang baik telah dijalankan.. .walaupun pada mulanya suasana panas dan hangat...atau dalam kata lain"lebih hangat dari biasa"...isunya hanyalah kerana "nama"..apa2pun ana melihat ini sebagi satu langkah yang baik bagi k-srwk dalam melebarkan networking bagi bersama wadah2 atau NGO di seluruh srwk...antara yang hadir ialah KARISMA,JIM, YADIM, AMAL ISLAMI,PERKIS ,PEKERPIS ,SAUDARA KITA,MACMA.. .
...selepas ni kami akan mengadakan perjumpaan secara berkala bagi menyelaraskan aktiviti dakwah dibumi srwk ini...antara targeted program ialah mengislamkan org kristian..yang menariknya apabila kita duduk berbincang begini, ana dapat lihat bahawa setiap wadah berusaha dan berusaha untuk mencapai mardhatillah. ..islam ingin ditegakkan dibumi,tetapi cara mereka shj berbeza..and one thing pada perjumpaan ini,ana rasa ana yg paling muda 21 tahun,yang lain dah "mature",ada yang berusia 65 tahun,64 tahun...tapi masih gigih dah berjiwa muda..bagi ana mereka mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di sarawak ini,kagum ana melihat nenek dan atuk ini..Allahu rabbi..semoga kita yang berjiwa muda terus kekal muda dan berkobar-kobar untuk terus menempuhi jalan ini....

Wallahu'alam

by ukht nazifah md nor

******

tambahan dari kak dewi

Salam,

AlhamduliLlah, perjumpaan Amal Islami Sarawak semalam sungguh bermakna, sebab dpt berjumpa & berkenalan dgn org2 dari wadah lain dalam suasana penuh mahabbah. Satu proses penyusunan batu bata bangunan Islam.

Utk menambah apa yg naz tulis, sbnrnya telah ada perbincangan utk menambah bilangan umat Islam di Sarawak, dgn memperhebatkan lg dakwah kepada yg non-muslim. Dan semestinya, prog follow-up perlu dilakukan bagi membanteras gejala murtad di kalangan saudara baru yg terabai kebajikannya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Wassalam...

****

semoga ia menjadi satu titik permulaan utk kita mengorak langkah dibumi kenyalang serta berkongsi idea n pendapat yg bernas utk dakwah dibumi kenyalang ini..teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir..-kak juea (terasa rindu dgn bumi kenyalang...)

No comments: