Tuesday, June 10, 2008

::dijalan dakwah mereka menikah 3::


Selama ini kumencari-cari Teman yang sejati Buat menemani Perjuangan suci

Bersyukur kini pada-Mu Ilahi Teman yang dicari selama ini Telah kutemui



Dengannya disisi Perjuangan ini Tenang di harungi Bertambah murni kasih Illahi

Kepada Mu Allah Kupanjatkan doa Agar berkekalan kasih sayang kita

Kepada Mu Teman Kupohon sokongan Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkan segala-galanya

Kepada Mu Allah Kupohon restu-Mu Agar kita kekal bersatu


Kepada Mu Teman Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan segala-galanya

Itulah tandanya Kejujuran kita





********************************************

salam...

agak suspen jugak eh hikayat dua org sahabat nih..smpai ana pun kebuntuan idea nak mencoret2..but i try my very best berdasarkan pengalaman sepanjang berada sebelum semasa n selepas walimah org yg kami kasihi iaitu umie n bonda..

"kami akan berkahwin" dan....

itulah ungkapan yg amat sukar bagi mereka utk lafazkan kepada kami...(ana hy mendengar melalui telefon..umie wat panggilan tibe2..mase tu ana kat melaka..n naz kyong milah n along ada kat rm bsama umie n bonda)..hurmmm...lame jugak mereka berkongsi cerita..2jam lebey kot..panas telinga ni..perasaan kami semua masa tu bercmpur-cmpur..ana pun ter'over' nangis..bukan ape selama ni sikit2 umie bonda sikit2 umie bonda..mereka umpama tiang kami kat kuching..tanpa mereka kami x tau kami mmpu berdiri sendiri ke x..tnpa mereka ana pun x jd mcm ni..dan kembali kepada asal tnpa bantuan dari Allah kami x mcm ni..kuasa Allah menemukan kami..tautan hati jalinan kasih amat rapat..mereka umpama ibu kami...dan sebenarnya..kami x sanggup kehilangan mereka..yerla org dh kawen pasni xleh la nak mcm2 dulu tp alhamdulillah so far ana turut merasai tempias mereka (bukan tempias nak kawen ye) tp turut sama merasai perasaan merasai bahang ke alam perkahwinan..dan segalanya lah..

satu berita yg mengejutkan..menggembirakan..menyentuh hati dan perasaan..yg x mampu nak diungkap dgn kata2..kami turut tumpang gembira umie..bonda..

umie n bonda ditemukan di USM Pulau Pinang..jodoh pertemuan mereka mmg berpanjangan smpai umie dapat tawaran keje kat tempat bonda iaitu kuching sarawak la..smpai sekarang..around 16 tahun mrk dh kenal n bukan rasanya tp memang dh kenal sgt hati budi masing2..ana sgt respect dgn hubungan mereka..naik turun jatuh bangun mereka tetap bersama2 dimana2..tetap bersama saling membantu n saling....(xterkata2)..smpai sekarang..semua sama..yg paling unik.kalau beli buku mesti sama..so kalau dtg rm..pegila library mereka..setiap buku mesti ada pasangannya..dan mereka mmg ditakdirkan utk bersama hingga akhir hayat insyaAllah..

kenape ek ana kene buat episod demi episod..? ana pun xtau nape..tp ape yg ana nak smpaikan..ana try nak smpaikan sedikit demi sedikit supaya yg membacanya blh terima n faham sikit2 kenapa n mengapa..dan turut merasai bahang mereka ukhuwah mereka sebab seriously ana katakan bukan semua org mampu lakukan secara praktikal berbanding bercakap secara teori..dan ana sendiri belum tentu mampu mcm umie n bonda..mereka lakukan ni sebab ukhuwah sebab dakwah dan utamanya kerana Allah..

sama2 kita doakan kebahagiaan mereka..

siapakah orangnyer?

hurmm..ana tolak tepi dululah siapakah org nyer (",)

jumpa lagi


kak juea

No comments: