Wednesday, July 30, 2008

::sharing from ukht insyirah mokri:: KBM@Bintulu da' pioneer!!!

Assalamualaikum wbt...

Dalam mamai2, ngantuk nak tidur, terkesima ana dengar pelawaan untuk ke Bintulu, membantu mengembangkan sayap KBM di Bintulu.

Dengan siapa? dengan Bai...

2 orang je? yer...

Org sana pernah tak ikut KBM? ada yang pernah tapi KBM aktivis la...

Sejak dari terima pelawaan sampai nak naik flight ana terfikir boleh ke ni??? ntah lar...

Jzkk kpd JKPRB atas kepercayaan untuk ana ke bintulu, rasa macam tak mampu sebab portfolio ana sepanjang kendalikan KBM adalah kerja kat laptop je, bab pengendalian dari segi bercakap di depan, buat mood setting, in-charge MAM mmg hanya sekadar bila perlu dan bila dah takder pengendali (biasala kat Johor ramai je yang boleh buat kerja2 ni). Sejujurnya ana tak la buat persediaan sangat untuk kendalikan KBM di bintulu, dalam kepala ni, "takperlah Bai mesti dah prepare, aku ikut je la apa yang dia nak buat nnt", he,he,he, ampun Bai...

Khamis (24/7)

Setibanya di airport bintulu disambut dengan Kak Azah dan Mck Haziah, terus pergi makan di restoran refah, makan laksa sarawak dan bermalam di rumah Mck Haziah dan Pck Yacob. Malam tersebut kami adakan mesyuarat dan hanya Bai yang buat taklimat prgm, ana hanya beri penerangan sedikit pd akhawat tentang slot2 yang mereka agak keliru, almaklum KBM pelajar dan KBM aktivis ada beberapa perbezaan. Malam tu ana dan Bai terpaksa set mind yang masa di sana cepat dari semenanjung, lebih kurang sejam awal dari semenanjung, hu,hu,hu...

Jumaat (25/7)

Pagi tu ana bangun awal, lepas solat subuh terasa nak pergi berjalan kat tepi pantai,he,he,he....kebetulan rumah Pck Yacob ni memang tepi laut...subhanallah, memang indah betul pemandangan pagi tu...nampak je ikan melompat-lompat kat laut tu, nasib baik ana tak lompat sekali,he,he,he... jam 6.30 pagi tu dah terang dah kat sana...macam kul 7 lebih la kot...Lepas bersiap dan sarapan, Kak Azah jemput kami untuk keluar jalan-jalan, pusing-pusing bandar bintulu, kami ikut je la...jzkk Kak Azah, sangat-sangat seronok berkenalan dan bersama dengan Kak Azah, memang ana tak jere nak dtg sana lagi. Malam tu kami dihidangkan dengan udang galah yang fresh, makan seekor pun terasa kenyang, sampai ada orang yang alergik, he,he,he...sian...dah la tak ada suara, alergik pulak...

Malam tu kami meeting seawal jam 7 lebih...kali ni lebih detail dan pembahagian peranan, slot pun diberi. Kami screen test suara, ber'demi matahari', ber'chicky dance' dsb. Seronok, semuanya semangat!!! Teringat si kecil umar (anak akh faiz n ukhti zahirah) ternganga tengok pck2, mck2, kakak2, abg2 buat chicky dance, he,he,he...

Cabaran bagi ana adalah nak memberi gambaran pada mereka tentang satu2 slot sebab sama ada mereka ni tak pernah ikut KBM langsung atau mereka bayangkan aktivitinya sama macam KBM aktivis. Lagi satu, terasa segan juga nak berdepan dengan orang2 yang lebih senior dari diri sendiri yang muda lagi nak mengajar mereka, hu,hu,hu...ampun, maaf dipinta andai ada kata-kata, teguran atau apa saja tingkah laku yang kurang senang di mata ikhwah, akhawat di bintulu tempoh hari.

Sabtu (26/7)

Pagi yang sejuk di SMK Baru...memang nyaman betul sebab kedudukan sekolah di atas bukit. Pada awalnya dimaklumkan jumlah pelajar dalam 70 lebih tetapi ditakdirkan hanya 53 orang saja yang dipilih Allah untuk menjadi peserta pioneer KBM di bumi kenyalang dengan hanya 26 adik sayang dan 27 adik kasih. KMKY dikendalikan oleh Bai, alhamdulillah semua berjalan lancar cuma masa je yang terasa macam lambat sangat...Ana masih ingat lagi nama-nama kumpulan mereka, adik2 sayang (Sajak Buleh, Muslimeen United, Kami Brother Musleh [KBM], Kembara Remaja, Iman Inside) dan adik2 kasih (Vaie Muslimah, Kasih Suci, Syuhada, Setiakawan). Bagi mengisi masa yang lambat sangat berlalu sempat juga Bai adakan aktiviti karangan klasik dan buat sesi sharing tentang slot KMKY dengan adik2 peserta.

Slot inteam petang tu pun alhamdulillah, atas bantuan fasilitator semuanya berjalan lancar. Dapat ana rasa yang adik2 ni memang sangat2 terkesan dengan slot inteam tak kira adik kasih mahupun sayang. Fasilitator memang banyak main peranan, even sewaktu meeting pun banyak kali ana ditanya, "nak cakap apa dengan budak2 tu bila slot inteam ye?", "habis kalau budak-budak tu nangis nak buat apa ye?", tahniah atas kesungguhan antum!!!

Riadhah petang kami serah kepada fasilitator, ana pun tak tau apa yang mereka buat sbb ana balik ke rumah Pck Yacob, nak bersiap untuk prgm mlm plak. Slot MAM ni mmg ana tak pernah pun fully in-charge sblm ni tapi malam tu terpaksa la. Lepas maghrib ana buat taklimat dan pembahagian tugas diberi. Memang susah juga nak jelaskan gambaran perjalanan MAM tu sbb masing-masing ingat sama macam KBM aktivis, hu,hu,hu... Bila di beritahu tentang cara menjirus air kapur barus iaitu disebelah2 peserta sahaja dan jgn renjis dekat muka atau badan mereka tiba-tiba mereka kata, "eh, hari tu ayah enti renjis je atas kepala kami!", ha,ha,ha, ye ke??? ana tak tahulah...ada juga yang suggest hempas je meja kat lantai untuk buat bunyi sebatan tu, aduh, nak ketawa juga ana tapi dibetulkan la apa yang keliru tu, memang macam2 karenah ada, biasalah first time...ana cuma pesan pada diri, tak apa...asalkan yang asas tu ada, buat yang termampu. Dek kerana risaukan persediaan untuk MAM sampai ana berhajat untuk taknak jaga laptop malam tu tapi akhirnya ana jaga jugak sebab bila ditinggalkan mereka boleh buat ikut tugasan masing-masing, alhamdulillah.

Slot MAM1 alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuma lakonan perlu ditingkatkan, tak apa, practice makes perfect. Masuk ke MAM2, pun alhamdulillah semua orang mainkan peranan dengan baik cuma mungkin style pukulan kena diberi tunjuk ajar sikit. Skrip malam tu pun ana partner dengan kak tini (kalau nak tahu, ni kali KEDUA ana baca skrip malam tau!!! yg first time dulu pun ntah bila ntah). Untuk pembaca skrip...tambahkan feel baru umph!!! MAM berakhir dengan bersalaman bersama peserta...

Ahad (27/7)

Pagi tu ana sarapan di Restoran Refah bersama Mck Haziah dan Pck Yacob. Setiba di sekolah sempat juga berbual dengan adik2 kasih. Di hati ana terasa kesian sangat bila adik2 ni bercerita tentang betapa mereka sangat-sangat insaf dengan slot MAM...yang mana nak tutup aurat sungguh2 lepas ni, taknak warnakan rambut lagi, nak pakai baju lengan panjang dsb, alhamdulillah...

Pagi tu slot Kini&Hijrah sempat juga Bai kendalikan tapi separuh jalan sebab slot bersama ibu bapa Bai juga yang kendalikan, lagi separuh jalan ana kendalikan, aduh, bila agaknya kali terakhir aku bawak slot ni ye??? Rasa macam hilang sebelah tangan sbb laptop dijaga oleh first-timer ni...tak tahu la Bai cemana bila bersama ibu bapa. Ana buat sesi sharing untuk Kini&Hijrah dan kemudian coretan komen seterusnya 'Lafaz yang Tersimpan'. Bagi ana bila seseorg dah conquer jadi pengendali memang agak susah peserta nak terima pengendali lain so takut juga ana tak mampu nak kendalikan tapi alhamdulillah...lega juga bila adik2 ni boleh beri kerjasama. Part paling susah tu bila nak set mood je, memang ana lemah betul nak buat benda ni, rasanya last ana buat waktu di Perak, itupun sama la macam ni...org Perak tak mampu nak kendalikan 100% so terpaksa ana kendalikan juga. Alhamdulillah sekali lagi terima kasih atas bantuan fasi2, banyak memudahkan pengendalian program. Adik2 peserta pun memang cukup mudah tersentuh bila bercakap tentang ibu ayah so tak la susah untuk ana set mood mereka, ada yang sampai tak tercatat apa2 pada kad mereka sebab sedih sangat, menangis teresak-esak.

Slot MKMS pun cukup menyentuh hati, bukan apa...fasilitator pun turut menangis, bukan hanya sekadar memujuk adik2 peserta tapi memujuk sesama sendiri sebab sedih sangat tengok adik2 yang bersama ibu bapa + adik2 yang ibu bapa tak hadir.

Majlis penutup dibuat dalam keadaan formal siap ada lagu negaraku, lagu sekolah lagi...hu,hu,hu...Part yang paling best bila pengetua bagi respon yang tersangatlah baik!!! siap minta semua cikgu jadi ahli JIM, galakkan anak2 murid ikut aktiviti JIM, memang seronok betul ana dengar.

Pengetuanya memang cukup sporting, ada beberapa kali datang menjenguk anak2 murid ketika sedang berprgm termasuklah prgm malam dengan hanya shirt, seluar dan tudung. Bila tamat majlis penutup kami kembalikan mood peserta dalam KBM semula dengan dendangan musik chicky dance, habis satu dewan berchicky dance termasuklah pengetua!!! mak, ayah yang ada hanya tersenyum dan ketawa melihat gelagat anak2 bersama fasilitator. Kemudian gemuruh dan satu tekad...memang habis semua peserta, fasi, cikgu dan pengetua menyanyi bersama.

Pada ana sambutan memang sangat baik terutama dari pengetua yang memang menggalakkan penglibatan cikgu, staf dan pelajar dalam JIM. Nampaknya JIM Bintulu dah boleh mengorak langkah menambahkan ahli seterusnya meneruskan kerja-kerja pengislahan di sana . Sejujurnya sepertimana yang ana sms pada ayah ana dan beberapa ajk KRJ lain, ana tak menjangkakan impak yang sebegini, dalam kepala hanya ingat nak buat TOT dan buat yang basic KBM saja tapi alhamdulillah, Allah beri peluang untuk ana menjadi sebahagian dari perintis pembuka jalan dakwah di bintulu, amin....

Gambar-gambar KBM@Bintulu boleh dilihat di http://jimbintulu.blogspot.com/

Jzkk dan tahniah buat JIM Bintulu atas KBM pioneer untuk pelajar di SMK Baru, Bintulu, Sarawak . Buat Mck Haziah dan Pck Yacob yang menumpangkan kami di rumah mereka, terhibur dengan gelagat si fufu n durra (^_^). Seterusnya kepada akh Faiz dan isteri, Kak Zahirah, teruskan usaha di Bintulu, insyaAllah antum mampu. Buat akhwat, Kak Azah, Kak Salwa, Kak Zati selaku camerawoman (memang very passionate with her work), Kak Tini, Kak Zimah, Syahida, Ida, Asiah dan buat ikhwah, Pck Rahim, Pck Taip, Pck Roslan, Akh Fendi, Akh Amar selaku cameraman (profesional sungguh!!!), Akh Hazrul, Fikri, student2 UPMKB, Syahmi, Lan dll yang tak tersebut namanya disini, jazakallahu khairan kathira!!!

Tak lupa jzkk sekali lagi buat JKPRB atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, ana rasa belum layak lagi untuk semua ini. Jzkk juga pada Bai atas tunjuk ajar sama ada secara langsung atau tidak, ana pun tak ingat bila kali terakhir berKBM dengan anta termasuklah dgn Kak Fidah dan ayah ana sendiri. Betul la mungkin kita rasa kita tak pandai berenang tapi bila ditolak ke dalam sungai yang penuh dengan buaya kita akan cuba malah memaksa diri untuk berenang juga hingga ke seberang...InsyaAllah ini satu proses tarbiyah buat diri ana...amin...


--
Insyirah Mokri
USIM, Bachelor Degree in Muamalat Administration

*********************
moga KBM Versi Bumi Kenyalang terus berkembang mekar di seluruh pelusuk daerah insyaAllah..
p/s: bila lagi versi kat kuching ek? :)

kak juea

::sharing:: Keindahan Bersamamu SMK Baru Bintulu

::sharing:: from http://jimbintulu.blogspot.com/

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu..

Kali ini Allah memberi peluang kepada alumni KBM JIMSAR melancarkan penerbangan sulung pesawat Keindahan BersamaMu di SMK Baru Bintulu, yang mana merupakan program sulung KBM yang diadakan untuk peringkat sekolah di Sarawak.

Pada pagi 26 Julai 2008, sejumlah 29 adik-adik kasih dan 26 orang adik-adik sayang telah menyertai penerbangan KBM, nombor pesawat KRJ 260708 yang berlepas diketuai oleh juruterbang,Hafiz Bai dan co-pilot, Inshirah Mokri.

Alhamdulillah, slot KMKY telah dikendalikan dengan jayanya oleh Hafiz Bai dan Inshirah. Seramai 30 orang pengendali dan fasilitator telah mengambil bahagian dalam penerbangan kali ini iaitu Pakcik Yacob, Abang Faiz, Pakcik Rahim, Fikri(anak Pakcik Rahim), Pakcik Taip, Abang Fendi, Kak Irah, Makcik Hazi'aah, Kak Ngah Azah, Kak Syuhada, Kak Tini, Kak Zimah, Kak Salwa, Kak Ilani, Asiah(anak akhi Anuar), Pakcik Roslan, Abang Amar, Abang Hazrul serta beberapa orang adik-adik usrah abang Faiz dari UPMKB.

KBM kali ini merupakan KBM yang pertama dianjurkan di Bumi Kenyalang untuk modul sekolah, tapi terdapat juga sebilangan adik-adik yang merupakan Alumni KBM Aktivis JIMSAR (anak-anak aktivis dakwah di Sarawak) yang turut serta untuk kali ke 2 Alhamdulillah..

Hafiz Bai meneruskan penerbangan pada sebelah petang dengan slot INTEAM..slot yang cukup penting dalam mengingatkan adik-adik perihal kepentingan ukhuwwah yang teguh kepada sahabat serta peranan sebagai seorang sahabat. Alhamdulillah Allah rectify para fasilitator dengan adik-adik yang mampu bekerjasama dengan baik sekali..
Pengembaraan Meniti Angin Malam 1 di kendalikan oleh Hafiz Bai (ramai jugak guru sekolah yang datang melihat perjalanan program), semua memberikan respon yang baik terhadap penyampaian Hafiz Bai...sesi malam diteruskan dengan slot MAM2, Alhamdulillah segalanya juga berjalan dengan lancar, guru yang datang melihat program pun nampaknya terkesan dengan penyampaian Hafiz Bai..mabrook Hafiz! enta memang menyerlah jauh dari yang Biasa !!

Pagi 27 Julai 2008, penerbangan KRJ 260708 diteruskan oleh Inshirah dalam slot Hijrah di kantin sekolah berhampiran, sementara Hafiz Bai dan beberapa fasi yang lebih "matured" seperti Pakcik Yacob, Pakcik ROslan, Pakcik Rahim, Makcik Hazi'aah dan lain-lain menunggu ibu bapa yang akan hadir. Alhamdulillah, agak ramai parents yang datang dan slot ini dikendalikan dengan sangat cemerlang oleh Hafiz Bai, usia Hafiz yang muda bukan penghalang untuk sekali lagi menyerlah jauh dari yang biasa, Alhamdulillah :)

Alhamdulillah slot Pertemuan di bawah pengendalian Hafiz berjalan dengan baik. Adik-adik kasih dan adik-adik sayang sangat terkesan dengan pesanan tarbiyyah yang disampaikan dalam KBM ini.Majlis di akhiri dengan ucapan dari pengetua SMK BARU serta ucapan dari Timbalan YDP JIM Bintulu dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penghargaan dari pihak sekolah.

Harapan kami agar adik-adik kasih dan adik-adik sayang bisa menerapkan segala ilmu yang diperoleh dari KBM apabila kembali ke sekolah dan meneruskan hidup menjadi insan yang mampu berubah ke arah yang lebih baik..insan soleh wa musleh inshaAllah ameen..:)

Aqulu qaulihaza..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, July 24, 2008

Apa Itu Usrah?

....dipetik dari http://karisma.jim.org.my/blog/

Assalamualaikum

Dikutip dari bicara bersama Ustaz Hisham dari Matrikulasi Melaka pada 20 Julai 2008.

Usrah itu perlu ada 3 ciri utama yang saling menyokong didalamnya.

Ianya adalah Taaruf iaitu Perkenalan - Kenal Mengenali antara ahli di dalam usrah yang perlu dipupuk lebih awal. Perkenalan ini penting untuk menyalur kasih sayang dan mahabbah persaudaraan Islami di antara yang hadir dalam aktiviti usrah. Ini perlu difahami dari sudut firman Allah (SWT) dalam surah Al Hujurat ayat 10 dan surah Ali Imran ayat 103. Keduanya membawa aspek persaudaraan yang pastinya bermula dari perkenalan atas dasar iman kepada Allah (SWT) semata. Disuruh juga dalam surah Ali Imran agar tidak berpecah-belah buruk sangka.

Keduanya adalah Tafahum yang membawa makna Memahami - Faham Memahami bahawa hidup ini diatas keizinan yang diberi Allah (SWT) dan akan ada kesilapan dalam perbuatan manusia. Maka di kala itu, diantara sahabat perlulah menasihati sahabatnya yang berlaku silap tadi teguran yang membantu dan membina syakhsiyyah baik. Dan tidak pula menghina. Adapun begitu juga dengan sahabat yang menerima teguran dan nasihat tadi, mestilah berlapang dada dan memahami bahawa agama Islam ini sentiasa mahukan umatnya saling menasihati untuk kebaikan bersama.

Yang terakhir juga poin Ketiga adalah - Takaful iaitu Bantu Membantu sahabat lain yang mempunyai kesulitan dan masalah. Ini adalah berdasar dan bertepatan dengan suruhan Allah (SWT) dalam surah Al Maidah ayat 2 yang dirakamkan sebegini:

Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam urusan dosa, keji dan permusuhan.

Demikian sedikit dari penyampaian Ustaz Hisham di Bukit Beruang, dihadapan pelajar baru yang dijemput hadir bersama untuk menyertai usaha murni ini.

Alhamdulillah, usaha ini sedang memupuk jiwa dan hati agar bersatu dalam membina.

.::sharing::. Perjumpaan Amal islami...sarawak mari

Assalamualaikum. .
....alhamdulillah baru sebentar tadi ana dan kak dewi menghadiri perjumpaan amal islami yang bertempat di YADIM...satu perjumpaan dan perkongsian yang baik telah dijalankan.. .walaupun pada mulanya suasana panas dan hangat...atau dalam kata lain"lebih hangat dari biasa"...isunya hanyalah kerana "nama"..apa2pun ana melihat ini sebagi satu langkah yang baik bagi k-srwk dalam melebarkan networking bagi bersama wadah2 atau NGO di seluruh srwk...antara yang hadir ialah KARISMA,JIM, YADIM, AMAL ISLAMI,PERKIS ,PEKERPIS ,SAUDARA KITA,MACMA.. .
...selepas ni kami akan mengadakan perjumpaan secara berkala bagi menyelaraskan aktiviti dakwah dibumi srwk ini...antara targeted program ialah mengislamkan org kristian..yang menariknya apabila kita duduk berbincang begini, ana dapat lihat bahawa setiap wadah berusaha dan berusaha untuk mencapai mardhatillah. ..islam ingin ditegakkan dibumi,tetapi cara mereka shj berbeza..and one thing pada perjumpaan ini,ana rasa ana yg paling muda 21 tahun,yang lain dah "mature",ada yang berusia 65 tahun,64 tahun...tapi masih gigih dah berjiwa muda..bagi ana mereka mempunyai azam yang kuat untuk berdakwah di sarawak ini,kagum ana melihat nenek dan atuk ini..Allahu rabbi..semoga kita yang berjiwa muda terus kekal muda dan berkobar-kobar untuk terus menempuhi jalan ini....

Wallahu'alam

by ukht nazifah md nor

******

tambahan dari kak dewi

Salam,

AlhamduliLlah, perjumpaan Amal Islami Sarawak semalam sungguh bermakna, sebab dpt berjumpa & berkenalan dgn org2 dari wadah lain dalam suasana penuh mahabbah. Satu proses penyusunan batu bata bangunan Islam.

Utk menambah apa yg naz tulis, sbnrnya telah ada perbincangan utk menambah bilangan umat Islam di Sarawak, dgn memperhebatkan lg dakwah kepada yg non-muslim. Dan semestinya, prog follow-up perlu dilakukan bagi membanteras gejala murtad di kalangan saudara baru yg terabai kebajikannya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Wassalam...

****

semoga ia menjadi satu titik permulaan utk kita mengorak langkah dibumi kenyalang serta berkongsi idea n pendapat yg bernas utk dakwah dibumi kenyalang ini..teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir..-kak juea (terasa rindu dgn bumi kenyalang...)

Fast 2 Fund Campaign is Back!

FAST 2 FUND CAMPAIGN
is BACK!!!

Rejab, Sya'ban & Ramadhan 1429

..RM 100 per person for Palestine..





Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya'ban,
and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.

Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.


Calculation Model:

Fast on Mondays & Thursdays
throughout the month of Rejab & Sya'ban
16 days x RM 3.50 = RM 56

Obligatory fasting during month of Ramadhan
30 days x RM 3 = RM 90

Total fund = RM 56 + RM 90 = 146


MINIMUM FUND SUGGESTED:
RM 100 per person

*********************

For bank in purposes:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 or
Maybank - No Akaun 5622 0960 8847

Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)
E-mail: fast2fund.pal@gmail.com

http://fast2fund.blogspot.com/

Friday, July 4, 2008

GEMPUR 2008!

'GERAKAN MENYANTUNI PELAJAR BARU UNIVERSITI'

Objektif GEMPUR adalah memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar lepasan Kolej Matrikulasi KPM sesi 2007-2008 yang telah mengikuti program-program anjuran Unit Pra-Universiti JIM IPT Pusat (PEMANGKIN 2007, PERKASA MATRIX 2008) dan mengikuti usrah kendalian ahli-ahli JIM di Kolej Matrikulasi KPM berjaya diserapkan ke dalam sistem usrah Karisma di IPTA menjelang Ogos 2008.
Untuk menjayakan objektif tersebut, Empat (4) Fasa GEMPUR 2008 telah dikenal pasti untuk dilaksanakan:
Fasa 1 - Menghubungi para pelajar baru di IPTATarikh perlaksanaan: 30 Jun 2008 (Isnin) - 6 Julai 2008 (Ahad)
Fasa 2 - Melaksanakan ziarah pelajar baru sekurang-kurangnya sekaliTarikh perlaksanaan: 7 Julai 2008 (Isnin) - 13 Julai 2008 (Ahad)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)
Fasa 3 - Memastikan kehadiran pelajar baru ke program sambutan pelajar baru yang dianjurkan oleh pihak JIM/KarismaTarikh perlaksanaan: 14 Julai 2008 (Isnin) - 27 Julai 2008 (Ahad)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)
Fasa 4 - Melibatkan pelajar baru dalam sistem usrah KarismaTarikh perlaksanaan: Bermula 28 Julai 2008 (Isnin)[Tiada masalah jika dilaksanakan lebih awal)

Mudah-mudahan perencanaan follow up yang terancang dan teliti melalui GEMPUR 2008 ini akan sekurang-kurangnya mengurangkan masalah keciciran para pelajar yang pernah mengikuti sistem usrah JIM di tempat-tempat pengajian sebelum mereka berada di IPTA yang terkini. Komitmen dan kerjasama semua pihak yang berkenaan juga amat diperlukan dalam menjayakan GEMPUR 2008 ini.
kepada aktivis-aktivis karisma...semoga kepulangan kita ke bumi kenyalang ini membawa azam baru dan seterusnya meledakkan lagi usaha dakwah kita..."semoga tabah hati tak berbelah bagi".Allah tidak melihat kepada hasil tetapi yang lebih penting adalah usaha kita....
TPSM
K-srwk